Air adalah keperluan yang amat penting dalam kehidupan. Sekarang orang tak perlu kesungai dah utk mandi dan bersuci. Walaupun pada 31hb Ogos nanti kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 56, tetapi masih kedengaran isu air ini diluahkan . lebih2 lagi melibatkan asrama sekolah.
"Masaalah air di asrama sekolah Mulong tak chekak selesai, ianya sangat menggangu pelajar2 yg kebanyakannya bakal menghadapi peperiksaan tahun ni, begitu juga ibubapa yg terpaksa pergi mengambil dan menghantar anak2 utk mandi dan mencuci pakaian. Kenapa begitu ketara sekali pengurusan air negeri kelantan nihh..Apakah nak tunggu rakyat keluar berdemo baru nak ambil tindakan..??
Itu adalah luahan hati salah seorang bapa kepada pelajar yang tinggal diasrama sekolah tersebut. Diharapkan kepada pihak yg bertanggungjawab supaya dapat menyesaikan masalah air ini dengan kadar yang segera.
