Seorang remaja dari Tasikmalaya merogol kanak-kanak darjah satu sekolah dasar (SD). Setelah puas merogol, mangsa telah dicampakkan ke laut. Selain merogol kanak-kanak itu, tertuduh juga 'merogol' beratus-ratus ekor ayam.
Perbuatan jijik Asep Solehudin (17 tahun) terungkai setelah dibicarakan di Mahkamah Negeri Tasikmalaya pada 17 Disember 2013 selasa lepas. Perbicaraan diketuai oleh Ketua Hakim, Motur Panjaitan dengan mendengar keterangan saksi-saksi.
Dalam perbicaraan itu tertuduh menceritakan, setelah memperkosa mangsa yang berusia enam tahun, mangsa terus dicampakkan ke tengah laut Pantai Cikalong, Kabupaten Tasikmalaya. Meski kanak-kanak malang itu selamat kerana berjaya diselamatkan nelayan, kini beliau mengalami trauma.
Sebelum merogol kanak-kanak yang tidak berdosa itu, tertuduh yang tinggal di Kampung Sukamenak, Cikalong, Kabupaten Tasikmalaya juga mengakui pernah 'merogol' ratusan ekor ayam dan kambing hingga binatang-binatang ini mati
Menurut salah seorang saksi, Abdul Gopar (47 tahun) ketua Kampung Sukamenak, Cikalong, Kabupaten Tasikmalaya, ayam-ayam yang dirogol tertuduh berada didua kampung yang berlainan.
Katanya,"saya sempat melihat tertuduh ketika dia keluar dari reban ayam. Dan ketika saya memeriksa reban ayam, ternyata banyak ayam ditemui sudah mati . Selain itu dubur ayam itu melecet, "kata Gopar.
Katanya lagi, hampir semua ayam yang dirogol tertuduh mati. Keadaan duburnya pun sama, melecet dan ada kesan air mani. Peguambela tertuduh mengakui anak guamnya memang mempunyai kelainan seks, sehingga perlu dibawa ke pusat pemulihan agar dapat kembali hidup normal.
"Saya memohon agar hakim ketua tidak menjatuhkan hukuman perjara, tapi sebaliknya menghantar tertuduh ke pusat pemulihan agar anak guam saya kembali hidup normal, "katanya.