Sila hadir dengan berpakaian sukan, baju T berkolar, seluar trek,
berkasut sukan dan berstokin di Pusat-pusat Pemilihan yang tercatat
seperti di bawah
7hb Sept 2013 ~ sabtu ~ bertempat diSmk Tanjong Chat, Kota Bharu Kelantan
8hb Sept 2013 ~ ahad ~ bertempat diKolej Vokasional Tanah Merah, Tanah Merah Kelantan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) amat mengalu-alukan semangat dan minat anda bagi memasuki alam ketenteraan demi mempertahankan negara, bangsa dan agama. Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat di dalam TUDM sebagai anggota Lain-lain Pangkat (LLP) TUDM, berikut adalah syarat dan kriteria yang diperlukan:
KELAYAKAN AKADEMIK
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh
kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik,
salah satu subjek Sains dan lulus matapelajaran Bahasa Inggeris,
Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang
berkenaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus
matapelajaran Matematik, Salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat
SPM.
LAIN-LAIN SYARAT KELAYAKAN
Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun
dan tidak lebih 25 tahun pada tarik angkat sumpah.
Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik.
Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
Syarat minimaukuran fizikal:
Tinggi - 1.62 m
Berat - 47.5 kg
BMI - 18-25 (berat/ tinggi x tinggi)
Dada - Biasa 76 cm, Kembang 81 cm.
DOKUMEN DAN SIJIL YANG DIPERLUKAN
Sekeping gambar terkini berukuran pasport
SijilSPM/SPMV
SKM Tahap 2
Kad Pengenalan
SijilLahir
Sijil Berhenti Sekolah
Lain-lain Sijil Kemahiran yang berkenaan
SampulSurat berukuran A4 beralamat sendiri
Setem RM 1.00
Sila bawa bersama sebatang pen (biru/hitam)
