ALOR SETAR - Mayat seorang remaja perempuan yang dibunuh ditemui separuh bogel di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilaporkan hilang disahkan mati selepas mayat mereka ditemui di Sungai Pekan Langgar petang tadi.
Mohd Nashir berkata, setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi.
Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata, anaknya itu yang hanya bersekolah setakat darjah enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempat rumah rakannya itu.
"Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini.," katanya.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi.


