Mereka sampai di Kg Gelam Tanjung Keling lebih kurang pukul 9.30 malam tadi dan disambut dengan penuh kemesraan oleh Cenderawaseh. Sementara esok, dijangka geng Gomo fm zon tengah terdiri dari Khairul, Nyzel, Mia dan Fatihah pula akan menyusul.
Disamping bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim sesama geng gomo fm serta melawat tempat - tempat menarik disini, mereka juga akan turut sama memeriahkan majlis kenduri kahwin Lensa yang bakal berlangsung di Kg Telok Gong pada 8hb disember 2013 nanti. Lensa merupakan adik kepada Zara dan pernah menjadi salah seorang penyampai radio di Gomo fm tidak lama dulu.