Kepada yang mengenali Kapten Nik, sama sama lah kita mendoakan beliau cepat cepat sihat kembali kerana beliau telah terlibat dalam kemalangan pada 11hb disember lalu dan ketika ini masih lagi dirawat di wad 29, HRPZ II Kota Bahru.
Kemalangan itu berlaku semasa dalam perjalanan pulang kerumah dari tempat kerja. Dikatakan sebuah motosikal lain telah merempuh handle motosikal beliau menyebab motosikal hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori ais.
Mengikut kata abangnya di facebook, Kapten Nik telah mengalami patah tulang paha dan pendarahan dalam kepala.