Latest Post
Showing posts with label rogol & cabul. Show all posts
Showing posts with label rogol & cabul. Show all posts

Perempuan dipukul hingga bogel oleh Nadia Nordin

Written By kubi irdk on Sunday, 25 September 2016 | 21:27


Sangat kejam!!! Sedang viral skrg video seorang perempuan di bogelkan oleh Nadia Nordin dan dipukul dgn botol sehingga mangsa menerima 15 jahitan dikepala. Video ini diviral oleh dia sendiri


# IRDK FM radio ~ Nonstop Music just 4u
# dikuasakan oleh DMS 360 KOTA BHARU Kelantan
# dgrkan guna handphone melalui TUNEIN http://tunein.com/radio/irdk-fm-s262085/
# cara2 downloadd TUNEIN http://www.irdkfm.net/2016/01/irdk-fm-kini-boleh-didengari.html
# chat dgn rakan pendengar yg lain di sini http://my.cbox.ws/irdk
# dgr melalui laptop di web kami http://www.irdkfm.net/


Pelajar rogol, bunuh guru dalam tandas sekolah

Written By kelantan post on Monday, 29 February 2016 | 11:24


MASSACHUSETTS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar berusia 14 tahun sanggup bertindak kejam dengan merogol dan membunuh‎ gurunya sendiri dalam tandas sekolah di Boston, lapor portal antarabangsa, Metro.co.uk.

Tertuduh, Philip Chism dikatakan mengekori Colleen Ritzer, 24, ke dalam tandas sekolah sebelum menyerang wanita terbabit.

Chism didakwa menikam tubuh Ritzer sebanyak 16 kali sebelum merogol dan mencekik guru matematiknya sehingga mati.

Chism kemudiannya memindahkan mayat gurunya ke luar sekolah dengan menggunakan tong sampah sekolah dan membakarnya sebelum menggunakan kad kredit mangsa untuk membeli tiket wayang pada sebelah petang.

Chism yang melakukan jenayah itu ketika berumur 14 tahun, sudahpun berusia 17 tahun apabila dia didakwa di mahkamah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara atas tuduhan membunuh dan tambahan 40 tahun penjara lagi atas tuduhan merogol dan rompakan bersenjata.

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Diperkosa 43,200 lelaki

Written By kelantan post on Wednesday, 9 December 2015 | 11:21


Mexico City: Seorang wanita berusia 23 tahun mendakwa diperkosa 43,200 lelaki dalam tempoh empat tahun.

Karla Jacinto berkata, dia dipaksa tidur dengan sekurang-kurangnya 30 lelaki tujuh hari seminggu dan menganggarkan dirogol 43,200 orang sehingga diselamatkan pada 2008.

Bukan dia sahaja mangsa kejadian seumpama itu, malah ribuan gadis Mexico sepertinya menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Menceritakan pengalamannya, Karla berkata, dia mula dicabul pada usia lima tahun dan apabila berumur 12 tahun menjadi mangsa pemerdagangan manusia apabila seorang lelaki berusia 22 tahun mengumpannya menggunakan hadiah dan kata manis sebelum dipaksa melacur.

Selepas jatuh ke tangan rangkaian pelacuran dan pemerdagangan manusia yang dipercayai mempunyai jaringan di bandar utama AS termasuk New York, Los Angeles, Atlanta serta Miami, dia dipaksa menjadi pelacur di rumah pelacuran, jalanan dan rumah persendirian.

Karla kini berusaha menimbulkan kesedaran mengenai penghambaan seks.

“Anak kecil diculik, diumpan dan dilarikan daripada keluarga mereka. Belajarlah daripada pengalaman saya supaya kita dapat menyelamatkan mereka,” katanya. - Agensi

~ powered by IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
~ see more video at Irdk news
~ website http://irdknews.blogspot.my/

Gadis 17 tahun hampir dirogol

Written By kelantan post on Thursday, 30 July 2015 | 14:14


Seorang gadis dari Marang Terengganu menempuhi detik cemas apabila dicuba di rogol oleh lelaki yg dikenalinya dalam sebuah rumah. Bila tidak berjaya dirogol krn melawan, dia telah dibelasah dan ditendang serta dirompak oleh lelaki itu



Gadis 14 tahun dirogol 38 lelaki di Ketereh

Written By kelantan post on Wednesday, 28 May 2014 | 00:07


Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun membuat laporan di Balai Polis Ketereh semalam kerana telah di rogol secara beramai-ramai oleh 38 orang lelaki melayu di sebuah rumah di sini.

Pengadu telah dihantar ke hospital Kuala Krai untuk membuat pemeriksaan lanjut. Dan hasil awal rawatan didapati ada kesan koyakan teruk pada hymen dan kesan kemasukan yang berulang-ulang kali pada kemaluan mangsa.  Bersama-sama mangsa terdapat juga dua orang saksi yang merupakan rakannya. Kes disiasat di bawah Sek. 376 Kanun Kesiksaan.

Pelajar tingkatan dua dirogol teman lelaki

Written By kelantan post on Sunday, 9 March 2014 | 17:27


PASIR MAS - Seorang pelajar perempuan tingkatan dua dari sebuah sekolah di daerah ini didakwa dirogol oleh teman lelaki yang baru dikenali kurang seminggu.

Kejadian tersebut berlaku pada Rabu lalu, lebih kurang jam 5 petang, apabila mangsa dikatakan keluar dari rumah dengan seorang rakannya yang juga berusia 14 tahun.

Difahamkan, mangsa ke rumah teman lelaki rakannya itu di Kampung Kedondong dan pada masa yang sama bertemu dengan teman lelakinya di sana.

Kemudian mereka keluar menaiki motosikal bersama teman lelaki masing-masing untuk bersiar-siar di Kemahang, Tanah Merah.

Semasa hendak pulang pada jam 8.30 malam terdapat sekatan jalan raya dan suspek telah membawa mangsa balik ke rumahnya di Rantau Panjang.

Ketika di rumah suspek, mangsa dikatakan tidur di dalam bilik suspek kemudian dirogol sebanyak dua kali pada malam tersebut.

Mangsa mendakwa dirogol pada jam 12.30 malam dan 5.15 pagi di mana semasa kejadian tersebut ahli keluarga suspek telah masuk tidur.

Pada jam 10 pagi, mangsa dibawa keluar dari rumah suspek dan lebih kurang jam 3 petang suspek membawa mangsa ke rumah neneknya di Kedondong. Suspek telah menyuruh ibunya menghantar mangsa pulang ke rumahnya.

Selepas itu mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu dan hasil pemeriksaan didapati terdapat empat kesan koyakkan lama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asistent Komisioner Haliludin Rahim berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes tersebut.

Katanya, mereka kini giat mengesan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Dirogol lebih lima lelaki

Written By kelantan post on Monday, 17 February 2014 | 12:46


TUMPAT - Seorang remaja berusia 17 tahun dirogol seorang kenalan yang dikenali di laman sosial selepas diajak keluar dan dibawa ke rumah lelaki tersebut di Kampung Geting di sini.

Lebih malang, remaja itu juga turut dirogol bergilir-gilir lebih lima lelaki merupakan rakan teman lelakinya yang baru dikenali di laman sosial itu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, remaja terbabit mengenali lelaki itu yang dikenali Edi sejak awal Februari ini menerusi laman sosial.

Bagaimanapun, katanya pada Jumaat lalu, remaja terbabit telah keluar dari rumahnya pada jam 11.30 malam di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kota Bharu setelah dijemput Edi.

“Edi membawa mangsa pulang ke rumahnya di Kampung Geting menaiki motosikal.

"Setibanya di rumah tersebut, Edi telah menarik tangan mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit mendengar suara orang di dalam rumah tetapi Edi memberitahu itu suara abangnya.

“Kemudian beberapa lelaki telah masuk dan merogol mangsa bergilir-gilir.

“Dua daripada mereka mencekik leher mangsa apabila mangsa cuba melepaskan diri," katanya.

Zaharudin berkata, keesokan paginya Edi menghantar mangsa pulang ke rumah di Pangkalan Chepa.

Katanya, susulan daripada laporan diterima, polis menjalankan siasatan dan menahan lima suspek berusia 16 tahun hingga 20 tahun dan direman tujuh hari berakhir 22 Februari ini.

“Manakala lima lagi suspek termasuk Edi sedang diburu polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Dicabul selepas berkenalan 2 hari

Written By kelantan post on Monday, 10 February 2014 | 12:33


TUMPAT - Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul kekasihnya yang baru dikenali dua hari.

Pelajar terbabit yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah ini dikatakan keluar bersama teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Naim, 17.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Jumaat lalu, Naim, telah membawa pelajar tersebut pulang ke rumahnya di Kampung Berangan.

Semasa berada di dalam rumah tersebut, pelajar terbabit memberitahu dia melakukan hubungan seks dengan kekasihnya itu.

Kejadian hitam yang menimpa pelajar terbabit terbongkar apabila dia memberitahu kepada kedua ibu bapanya dan satu laporan polis dibuat.

Pelajar terbabit dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang dijalankan,” katanya.

Murid dirogol, diliwat, ditoreh kemaluan

Written By kelantan post on Thursday, 30 January 2014 | 10:19


MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.

Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.

Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.

“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak  ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya.

Remaja 13 tahun diculik dan dirogol oleh 4 lelaki

Written By kelantan post on Sunday, 26 January 2014 | 13:33


PARIT BUNTAR - Seorang gadis berusia 13 tahun menempuh detik hitam apabila diculik dan dirogol empat lelaki di sebuah rumah kosong di Jalan Abdul Raof, di sini, ketika pergi ke kedai runcit pada 15 Januari lalu.

Ketika kejadian, remaja berkenaan dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit yang terletak beberapa meter dari rumahnya.

Kumpulan lelaki itu kemudian meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, mangsa ditemui rakannya tidak memakai selipar dan pakaiannya berlumpur sebelum dibawa balik ke rumah kakaknya.

“Mangsa pengsan sebaik sahaja tiba di rumah dan keluarganya membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

“Selepas sedar, remaja itu menceritakan telah dikejar empat lelaki ketika menuju ke sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 7.50 malam, hari kejadian.

“Mangsa mendakwa diculik dan dibawa ke sebuah rumah kosong berhampiran premis cuci kereta dan dirogol  kumpulan lelaki terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini.

Mat Fauzi berkata, polis menerima laporan daripada kakak mangsa kira-kira jam 8 malam.

Menurutnya, siasatan polis di tempat kejadian menemui sekeping papan mempunyai kesan darah dan ia dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan.

“Hasil tinjauan polis di lokasi kejadian mendapati kawasan di situ agak semak, sunyi dan gelap. Rumah terdekat terletak pada jarak 20 meter,” katanya.

Mat Fauzi berkata, seorang suspek dikenal pasti dan ditahan membantu siasatan kes itu.

“Suspek berumur 22 tahun ditahan dan merupakan penduduk tempatan,"katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.

12 lelaki rogol seorang wanita

Written By kelantan post on Saturday, 25 January 2014 | 11:09


KOLKATA - Seramai 12 lelaki bertindak kejam apabila merogol seorang wanita selepas menerima arahan daripada Majlis Kampung sebagai hukuman kerana berlaku sumbang.

Polis, C Sudhakar berkata kepada AP, hukuman itu dilakukan di kawasan kampung di Benggala Barat, India selepas gadis berusia 20 tahun itu disabit kesalahan kerana ditemui bersama lelaki berlainan agama.

"Kejadian itu terbongkar selepas ibu bapa wanita berkenaan memaklumkan, mereka tidak mampu membayar denda 25,000 rupee (RM 1,300) yang dikenakan berhubung kesalahan itu," katanya.

Remaja 16 tahun dirogol bergilir-gilir 3 lelaki


KOTA BHARU - Malang tidak berbau. Seorang gadis berusia 16 tahun, dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang dikenali, selepas dipaksa menaiki motosikal di Kok Lanas di sini, Rabu lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas, ditahan dua suspek yang menaiki motosikal dengan menghalang jalan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek, dipaksa menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang dari mereka.

“Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah bangsal di kawasan tali air dan salah seorang suspek bertindak meraba payudara mangsa.

“Perlakuan kedua lelaki itu tidak berhenti di situ, malah membawa mangsa ke rumah kawan mereka yang tinggal berdekatan dan di rumah itu mereka bertindak merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah bilik di rumah terbabit,” katanya kepada media di sini.

Azham berkata, selepas kejadian itu, mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dan menceritakan kepada bapanya mengenai kejadian dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek.

“Bapa mangsa membawanya ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian itu.

“Buat masa ini, kesemua suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat tangkapan terhadap suspek untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol gadis bawah umur.


Dirogol 10 kali ketika cuti sekolah

Written By kelantan post on Tuesday, 7 January 2014 | 11:14


REMBAU – Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih berusia 27 tahun.

Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama kekasihnya semasa musim cuti sekolah.

Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya itu terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar.

“Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.

“Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 kali selama tempoh cuti berkenaan,” katanya.

Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Diikat kaki kemudian dirogol

Written By kelantan post on Saturday, 4 January 2014 | 12:07


Kuala Terengganu: Malang menimpa seorang wanita apabila dia bukan saja diceraikan suaminya Oktober lalu, malah turut dirogol dan kakinya diikat lelaki terbabit, semalam. (gambar hiasan)

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam di rumah mangsa di Kampung Pengadang Baru di sini, wanita berkenaan berada dalam bilik tidur ketika suspek menceroboh masuk ke rumahnya sambil membawa sebilah pisau.

Difahamkan, mangsa bercerai dengan suaminya sejak Oktober tahun lalu dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan mereka.
Sumber berkata, mangsa yang berusia 30-an terkejut dengan kedatangan suspek ke rumahnya tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana suspek berusia 40-an mengacukan pisau ke lehernya.

Beliau berkata, suspek turut menampar mangsa berkali-kali, sambil mengugut mahu membunuh wanita itu jika enggan melakukan hubungan seks.

Katanya, mangsa yang ketakutan dan tidak berdaya melawan kemudian dirogol bekas suaminya.

“Suspek kemudian mengikat kaki mangsa dan memukulnya sehingga lemah.
“Mangsa yang bimbang suspek mengulangi perbuatannya kemudian membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis sedang memburu suspek.

Mangsa dirogol dan diliwat saudara sendiri

Written By kelantan post on Wednesday, 1 January 2014 | 18:14


KAMPUNG RAJA – Seorang remaja perempuan lepasan SPM mendakwa dirogol dan diliwat saudara yang juga teman lelakinya dalam sebuah rumah kosong di Bukit Keluang, di sini, lebih dua tahun lalu.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa yang kini berusia 17 tahun, dibawa saudara dua pupunya itu ke rumah tersebut dengan menaiki motosikal pada hari ketiga Aidiladha 2011.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian itu didakwa berlaku ketika mangsa berusia 15 tahun, manakala suspek yang kini penuntut sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur berusia 26 tahun.

Menurutnya, mangsa mendakwa sebaik tiba di rumah kosong itu, suspek bertindak merogol dan meliwatnya dengan paksaan, malah suspek turut menampar mangsa.

“Kata mangsa, kali terakhir mereka melakukan hubungan seks pada Oktober lalu di rumahnya di Kuantan, Pahang.

“Pada Khamis lalu, mangsa tampil membuat laporan polis berkaitan kejadian pertama kerana mendakwa suspek enggan bertanggungjawab selain mengugut sekiranya mangsa melaporkan hal berkenaan kepada keluarga,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa kemudiannya dihantar menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan dan pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.

Menurutnya, polis sedang memburu suspek yang kini berusia 28 tahun beralamat di Kampung Keluang, di sini dan kes disiasat Inspektor Azira Md Razak di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Remaja perogol kanak-kanak dan beratus ekor ayam dibicarakan

Written By kelantan post on Thursday, 19 December 2013 | 08:21


Seorang remaja dari Tasikmalaya merogol kanak-kanak darjah satu sekolah dasar (SD). Setelah puas merogol, mangsa telah dicampakkan ke laut. Selain merogol  kanak-kanak itu, tertuduh juga 'merogol' beratus-ratus ekor ayam.


Perbuatan jijik Asep Solehudin (17 tahun) terungkai setelah dibicarakan di Mahkamah Negeri Tasikmalaya pada  17 Disember 2013 selasa lepas. Perbicaraan diketuai oleh Ketua Hakim, Motur Panjaitan dengan mendengar keterangan saksi-saksi.

Dalam perbicaraan itu tertuduh menceritakan, setelah memperkosa mangsa yang berusia enam tahun, mangsa terus dicampakkan ke tengah laut Pantai Cikalong, Kabupaten Tasikmalaya. Meski kanak-kanak malang itu selamat kerana berjaya diselamatkan nelayan, kini beliau mengalami trauma.

Sebelum merogol kanak-kanak yang tidak berdosa itu, tertuduh yang tinggal di Kampung Sukamenak, Cikalong, Kabupaten Tasikmalaya juga mengakui pernah 'merogol' ratusan ekor ayam dan kambing hingga binatang-binatang ini mati

 Menurut salah seorang saksi, Abdul Gopar (47 tahun) ketua Kampung Sukamenak, Cikalong, Kabupaten Tasikmalaya, ayam-ayam yang dirogol tertuduh berada didua kampung yang berlainan.

Katanya,"saya sempat melihat tertuduh ketika dia keluar dari reban ayam. Dan ketika saya memeriksa reban ayam, ternyata banyak ayam ditemui sudah mati . Selain itu dubur ayam itu melecet, "kata Gopar.

Katanya lagi, hampir semua ayam yang dirogol tertuduh mati. Keadaan duburnya pun sama, melecet dan ada kesan air mani. Peguambela tertuduh mengakui anak guamnya memang mempunyai kelainan seks, sehingga perlu dibawa ke pusat pemulihan agar dapat kembali hidup normal.

"Saya memohon agar hakim ketua tidak menjatuhkan hukuman perjara, tapi sebaliknya menghantar tertuduh ke pusat pemulihan agar anak guam saya kembali hidup normal, "katanya.

Polis rogol indon

Written By kubigomofm on Friday, 13 December 2013 | 13:04


SHAH ALAM - Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel bajet di sekitar Kajang, malam Selasa lalu.

Menurut sumber, sebelum penahanan tersebut dibuat kelmarin, anggota polis itu bersama seorang lagi rakannya dikatakan membuat pemeriksaan di rumah mangsa di Bandar Baru Bangi, di sini.

Ketika premis diserbu, selain mangsa terdapat tiga lagi rakannya, masing-masing seorang lelaki dan dua wanita yang turut tinggal di premis tersebut.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, difahamkan hanya rakan lelaki mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, manakala mangsa dan dua rakan wanitanya gagal mengemukakan dokumen yang diminta.

"Disebabkan itu, anggota terbabit menahan mangsa dan dua rakannya, sebelum membawa mereka ke balai polis berdekatan.

"Anggota polis berusia 27 tahun itu kemudiannya membawa mangsa ke sebuah hotel bajet dan mengugut mangsa untuk mengadakan hubungan seks dengannya jika mahu dibebaskan," katanya.

Sumber berkenaan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu menolak beberapa kali, namun setelah dipaksa dan diugut akan dipenjarakan, dia terpaksa menuruti kemahuan suspek.

Beliau berkata, selepas kejadian, anggota terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, sebelum mangsa membuat laporan di Ampang kelmarin.

"Anggota itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata, kemudiannya ditahan sebaik polis menerima laporan pada hari yang sama.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan sudah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2006.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam, enggan mengulas lanjut.

"Semuanya dalam siasatan," katanya.

Gadis 19 tahun kena cabul dalam tandas awam


IPOH – Seorang gadis trauma selepas dia dicabul ketika menggunakan tandas di sebuah kompleks beli belah di sini Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa yang berusia 19 tahun memasuki tandas terbabit sendirian selepas membeli-belah bersama tiga rakannya. (gambar hiasan)



Mangsa (tengah) hadir ke IPD Ipoh untuk memberikan keterangan dengan ditemani Chee Khing (dua, kiri).

Mangsa berkata, dia menyedari dirinya diperhatikan seorang lelaki lengkap beruniform yang tercegat di hadapan tandas berkenaan.

Katanya, pada mulanya dia tidak menghiraukan lelaki yang dipercayai warga Bangladesh itu dan terus memasuki tandas wanita di situ tanpa mengesyaki apa-apa.

“Saya terkejut apabila selepas masuk dalam tandas, lelaki itu terus menutup lampu dan menerpa ke arah saya. Dia peluk dan cium mulut saya. Keadaan itu berlaku dalam sekelip mata.

“Saya terus tendang dan menolak lelaki itu ke pintu utama tandas dan menjerit sekuat hati meminta pertolongan,” katanya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam dengan ditemani Adun Bercham, Cheong Chee Khing.

Remaja itu berkata, seorang lelaki mendengar jeritannya dan cuba mengejar suspek namun dia berjaya melarikan diri.

“Saya telah membuat laporan kepada pihak pengurusan kompleks beli belah dan dapat mengecam lelaki itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kerana dia tidak memakai topeng," katanya yang membuat laporan mengenai kejadian menimpanya itu di Balai Polis Sungai Senam.

Menurutnya, pihak pengurusan kompleks beli-belah turut memberitahu bahawa lelaki terbabit merupakan bekas pekerja penjaga tandas di situ yang diberhentikan kerja sejak dua minggu lalu.

Sementara itu, Chee Khing berkata, orang ramai diminta lebih berwaspada ketika menggunakan tandas awam walaupun di kawasan yang sering menjadi tumpuan.

“Kejadian tidak diingini sering berlaku di lokasi yang kita tak sangka. Ia memberi pengajaran terutama kepada remaja dan wanita untuk lebih berhati-hati kerana mereka mudah dijadikan sasaran penjenayah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan remaja terbabit dan memaklumkan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

“Kita juga akan menyiasat aduan mangsa terhadap pegawai penyiasat dan Bahagian Siasatan Jenayah diarahkan memberi keutamaan kepada kes sebegini.

“Kita juga akan mengesan lelaki terbabit dan cuba menyelesaikan kes ini secepat mungkin,” katanya.

Rogol bergilir-gilir pelayan dan pekerja kedai telefon bimbit

Written By kelantan post on Wednesday, 4 December 2013 | 19:08


DUNGUN – Seorang anak pengetua antara tiga lelaki yang ditahan reman untuk membantu siasatan kerana disyaki terbabit dengan kes samun, culik dan rogol bergilir-gilir seorang pelayan dan pekerja kedai telefon bimbit dalam kejadian berasingan dekat sini, pagi kelmarin. (gambar hiasan)

Suspek, 31, yang difahamkan anak sulung kepada pengetua sebuah sekolah menengah di daerah ini ditahan bersama seorang rakannya warga Indonesia di sebuah rumah dekat Gong Pasir, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Lelaki yang kini menganggur itu dikatakan berkelulusan ijazah sarjana kejuruteraan perisian komputer dan siasatan awal mendapati dia dipercayai pernah mempunyai rekod lampau berkaitan kes samun bersenjata.

Manakala seorang lagi rakannya, berusia 25 tahun pula ditahan berdekatan restoran makanan segera di Kerteh kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Majistret, Hazwanie Husain Bustari memerintahkan ketiga-tiga suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kesemua suspek dipercayai terbabit dengan satu kes culik melibatkan dua wanita yang bekerja sebagai pelayan dan pembantu kedai telefon bersama rakan lelakinya di Bukit Chatak kira-kira jam 3 pagi kelmarin sebelum melarikan mereka ke Kampung Durian Mentangau.

Ketika kejadian ketiga-tiga mangsa yang menaiki sebuah kereta Proton Satria dihimpit dua Honda Civic lalu salah seorang daripada suspek keluar dan menyamar sebagai polis sebelum mengarahkan mangsa mengikut arahan mereka dengan salah seorang memandu kereta mangsa lalu meninggalkan lokasi kejadian.

Suspek juga merampas lima telefon bimbit milik mangsa

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di Durian Mentangau pula, suspek yang memandu kereta Proton Satria bersama mangsa telah melanggar sebuah kereta Perodua Kancil.

Suspek kemudiannya melarikan seorang wanita selepas merampas kereta Perodua Kancil dipandu adik iparnya lalu meninggalkan wanita terbabit kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian selain menyamun telefon bimbit mangsa.

Suspek juga dipercayai merogol dua wanita yang dilarikan dalam kejadian pertama di sebuah inap desa di Jalan Kenanga Dungun sebelum mangsa melarikan diri ketika suspek menukar nombor plat kereta di rumah rakannya di sebuah kampung di Dungun.

Kedua-dua kereta Honda Civic yang digunakan suspek dipercayai kereta curi dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati positif dadah

Culik, rogol gadis bawah umur

Written By kelantan post on Sunday, 1 December 2013 | 09:34


KUALA TERENGGANU - Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu menculik dmerogol seorang gadis bawah umur yang dipercayai teman wanitanya.

Bagi pertuduhan pertama, Rudy Ansyah Nur, 27, beralamat di Subang Jaya, Selangor, mengaku bersalah menculik mangsa yang ketika itu baru berusia 13 tahun dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang.

Tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di hadapan rumah, Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada 17 Januari 2012, kira-kira jam 9.30 pagi.

Dia didakwa di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda, jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Rudy Ansyah turut mengaku bersalah merogol mangsa pada Januari lalu, kira-kira jam 2 pagi di sebuah rumah di Jalan Jenagor, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah kedua-dua pertuduhan direkodkan, Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memutuskan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi kesalahan menculik, hukuman sama juga atas kesalahan merogol.

Bagaimanapun, Wan Fadhilah Nor memerintahkan agar hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan itu berjalan serentak.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud.

Berdasarkan fakta kes, semasa berada di rumah di Kampung Padang Setenga, Kuala Berang, Hulu Terengganu kira-kira jam 9.30 malam 17 Januari lalu, ibu mangsa mendapati mangsa tiada di dalam biliknya.

Sejurus itu, ibu mangsa bertanyakan kepada kawan-kawan anaknya itu sebelum dimaklumkan mangsa keluar rumah mengikut kawan lelakinya yang dipanggil Rahmat, dipercayai lelaki Sabah.

Pada 18 Januari lalu, lebih kurang jam 5.30 pagi, ibu mangsa menerima panggilan daripada seorang lagi anaknya yang berada di Kuala Lumpur memaklumkan mangsa ditemui di Kuala Lumpur bersama teman lelakinya itu dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Hasil siasatan, mangsa menceritakan dia keluar dari rumah mengikut teman lelakinya untuk lari ke Kuala Lumpur dan berkahwin di sana.

Mangsa juga membuat pengakuan sudah melakukan hubungan seks beberapa kali di rumahnya sebelum ini.

Kejadian kali pertama berlaku di rumah mangsa pada awal 2012, tertuduh merogol mangsa di biliknya sebelum perbuatan itu terbongkar selepas disedari ibu mangsa yang ketika itu terkejut mendapati mereka sedang tidur berbogel di dalam bilik.

Susulan kejadian itu, ibu mangsa nekad menghantarnya mendapatkan pendidikan agama di sebuah sekolah pondok.

Bagaimanapun, keputusan itu menyebabkan tertuduh nekad membawa lari mangsa untuk diajak berkahwin di Kuala Lumpur.

Tertuduh dan mangsa ditahan polis ketika berada di Hentian Bas Putra Kuala Lumpur.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK KELANTAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger