Home » » Daftar BR1M 2014 & kemaskini secara online

Daftar BR1M 2014 & kemaskini secara online

Written By kelantan post on Sunday, 12 January 2014 | 20:24


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta memaklumkan nombor akaun bank mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika belum berbuat demikian sebelum 31 Jan bagi proses pembayaran.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mulai tahun ini, kerajaan akan menyalur bantuan itu ke akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program pemberian BR1M seperti sebelum ini

Pendaftaran baru atau kemaskini boleh dilakukan secara online melalui laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ <-- sila klik.

Manakala pendaftaran secara manual boleh dihantar ke mana- mana Pejabat LHDNM berhampiran.
Pembayaran BR1M 2014 dijangka akan mula dibuat pada Februari 2014. Untuk pertanyaan lanjut pemohon boleh menghubungi Talian Hotline BR1M iaitu 1-800-88-2716.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK KELANTAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger