Latest Post
Showing posts with label dunia. Show all posts

14:38
Bermula dari seorang yang pengguna biasa produk, kemudian mencuba nasib menjadi sebahagian dari keluarga besar ini. Dan sejak itu tanpa menoleh ke belakang lagi, langkah demi langkah terus diatur untuk membina kerjaya bersama DMS 360. Biarpun dilakukan secara sambilan, namun pulangannya amat memberansangkan. Ini benar-benar memberi semangat baru dalam kehidupannya.
Namun untuk mengecap kejayaan bukannya mudah. Berbagai pahit getir terpaksa ditempuhi, Onak dan duri sudah menjadi sebahagian dari asam garam kehidupannya. Dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi untuk mengubah nasib diri dan keluarga kearah kehidupan yang lebih baik, akhirnya kejayaan demi kejayaan mula dikecapi.
Namun kejayaan ini serasakan tidak lengkap jika tidak dikongsikan bersama. Ayuh apa tunggu lagi. Marilah bersama kami membina kejayaan. Anda akan dibimbing sehingga berjaya insyaallah.
Whatsapp cik nur 📲 0145097444
Partner : Mohd Aizudin
Founder : Dato Seri Dr Mohd Roslan Shah
Leader : Riena
powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK
~ fb info iRdK (kelantan)
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)
Nur Fasihah & DMS 360
Written By kelantan post on Wednesday, 17 August 2016 | 14:38

Labels:
dunia
09:24
Beliau merupakan pelajar perubatan di Ireland dan berasal dari singapura. Pernah iRdK fM menerima ucapan darinya minggu lepas menyatakan siaran iRdK fM jelas disana.
Semalam hari jumaat 12 feb 2016 pukul 2 pagi Malaysia. beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir akibat dari penyakit kanser yg dihidapinya.
Seaakan dah tahu bahawa kehidupannya tidak lama, beliau pernah mencoret sebuah ucapan maaf kpd semua teman2nya dan org2 yg beliau sayangi. Kami di iRdK fM mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un, semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Amin,,
powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
Semoga dikau tenang disana duhai Nur Iman Qaisa Puteri
Written By kelantan post on Saturday, 13 February 2016 | 09:24
Beliau merupakan pelajar perubatan di Ireland dan berasal dari singapura. Pernah iRdK fM menerima ucapan darinya minggu lepas menyatakan siaran iRdK fM jelas disana.
Semalam hari jumaat 12 feb 2016 pukul 2 pagi Malaysia. beliau menghembuskan nafasnya yg terakhir akibat dari penyakit kanser yg dihidapinya.
Seaakan dah tahu bahawa kehidupannya tidak lama, beliau pernah mencoret sebuah ucapan maaf kpd semua teman2nya dan org2 yg beliau sayangi. Kami di iRdK fM mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un, semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Amin,,
powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
Labels:
dunia
12:31
Beberapa keping gambar gadis korea bertudung yang berasal dari Seoul, Korea Selatan menjadi viral di laman sosial beberapa hari lepas. Gadis Korea yang bernama Ayana ini bukanlah “sengaja” memakai hijab tetapi gadis ini sebenarnya seorang yang beragama Islam.
Walaupun Islam adalah agama yang asing di Korea Selatan disebabkan peratusan orang Islam di sana hanyalah 1% sahaja tetapi Ayana sangat bertuah kerana bergelar Islam. Ayana adalah satu-satunya ahli keluarganya yang memeluk Islam.
Dan apa yang menarik, Ayana bakal ke Malaysia untuk menyambung pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa(UIA).
Sejak akhir-akhir ini dirinya menjadi perhatian pengguna sosial media terutamanya di Instagram. Katanya lagi dia memang berasal dari Korea dan menetap di Seoul.
~ powered by IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
~ see more video at Irdk news
~ website http://irdknews.blogspot.my/
Ayana gadis korea yang bertudung
Written By kelantan post on Sunday, 27 December 2015 | 12:31
Walaupun Islam adalah agama yang asing di Korea Selatan disebabkan peratusan orang Islam di sana hanyalah 1% sahaja tetapi Ayana sangat bertuah kerana bergelar Islam. Ayana adalah satu-satunya ahli keluarganya yang memeluk Islam.
Dan apa yang menarik, Ayana bakal ke Malaysia untuk menyambung pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa(UIA).
Sejak akhir-akhir ini dirinya menjadi perhatian pengguna sosial media terutamanya di Instagram. Katanya lagi dia memang berasal dari Korea dan menetap di Seoul.
~ powered by IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
~ see more video at Irdk news
~ website http://irdknews.blogspot.my/
Labels:
dunia
12:47
kata Cik Payung Purple: Sedap goreng buh air sikit .. ph ketok lada banyak2.. urm .. sedapp3
kata Nad Naddia: Kita baru makan takdi.. adehh sedakk sungguh
kata Rosana Ana: Sakit urat jeh lh mkn kulat pusu ni.
petikan dari https://www.facebook.com/groups/irdk.kelantan/
Cendawan berbentuk kemaluan lelaki disukai oleh ramai orang perempuan
Written By kelantan post on Sunday, 29 November 2015 | 12:47
kata Cik Payung Purple: Sedap goreng buh air sikit .. ph ketok lada banyak2.. urm .. sedapp3
kata Nad Naddia: Kita baru makan takdi.. adehh sedakk sungguh
kata Rosana Ana: Sakit urat jeh lh mkn kulat pusu ni.
petikan dari https://www.facebook.com/groups/irdk.kelantan/
Labels:
dunia
18:51
Rahsia kelembutan beras siam
Written By kubigomofm on Wednesday, 22 July 2015 | 18:51
Labels:
dunia
09:13
Shanghai: Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.
Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.
Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks.
Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.
Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.
Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.
“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. -Agensi
Telur tersekat dalam kemaluan
Written By kelantan post on Saturday, 1 March 2014 | 09:13

13:01
SANYA - Gara-gara perkahwinan ditentang keluarga, seorang buruh binaan di China sanggup mengheret teman wanitanya ke atas bumbung dan mengacukan pisau pemotong daging ke leher mangsa.
Media melaporkan, suspek dikenali sebagai Lin, 32, turut mengugut membunuh mangsa kerana mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
"Drama tebusan berlangsung selama lima jam. Selain itu, suspek juga bertindak menanggalkan pakaian dan mengarahkan mangsa melakukan perkara sama dengan tujuan ingin memalukan mangsa di hadapan jiran yang sedang melihat mereka," menurut laporan media.
Menurut Daily Mail, selepas lima jam, suspek meminta sebuah kereta untuk melarikan diri bersama teman wanitanya, namun cubaannya gagal apabila dia ditahan anggota polis dan orang awam.
Paksa tebusan berbogel kerana cinta terhalang
Written By kelantan post on Thursday, 23 January 2014 | 13:01
SANYA - Gara-gara perkahwinan ditentang keluarga, seorang buruh binaan di China sanggup mengheret teman wanitanya ke atas bumbung dan mengacukan pisau pemotong daging ke leher mangsa.
Media melaporkan, suspek dikenali sebagai Lin, 32, turut mengugut membunuh mangsa kerana mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.
"Drama tebusan berlangsung selama lima jam. Selain itu, suspek juga bertindak menanggalkan pakaian dan mengarahkan mangsa melakukan perkara sama dengan tujuan ingin memalukan mangsa di hadapan jiran yang sedang melihat mereka," menurut laporan media.
Menurut Daily Mail, selepas lima jam, suspek meminta sebuah kereta untuk melarikan diri bersama teman wanitanya, namun cubaannya gagal apabila dia ditahan anggota polis dan orang awam.
Labels:
dunia
21:09
FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.
Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.
Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.
Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.
“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.
Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.
"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik TNews
Tak mandi 60 tahun
Written By kelantan post on Friday, 17 January 2014 | 21:09
FARS - IRAN. Seorang lelaki warga Iran dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.
Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.
Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.
Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.
“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.
Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.
"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik TNews
Labels:
dunia
11:45
Caracas: Bekas ratu cantik dan pelakon telenovela Venezuela dan bekas suaminya mati ditembak di depan anak perempuan dalam kejadian dipercayai dirancang dengan teliti semalam.
Monica Spear Mootz, 29, bersama lelaki warga Britain Thomas Berry, 39, menemui ajal dengan disaksikan anak mereka, Maya, 5, yang turut cedera di kaki. Monica mencipta nama di Venezuela selepas memenangi gelaran Ratu Venezuela pada 2004 selain terkenal melalui wataknya dalam telenovela Forbidden Passions. Polis setakat ini menahan lima suspek, termasuk dua remaja berusia bawah 18 tahun berhubung kes itu.
Menurut laporan stesen televisyen kereta mangsa mengalami kerosakan apabila keempat-empat tayarnya pancit dipercayai terlanggar paku yang sengaja ditabur di laluan berkenaan. Pengarah siasatan Jose Gregorio Sirralta berkata, mangsa cuba menyorok dalam kereta ketika dihampiri perompak terbabit, namun mereka ditembak dari luar.
Sekurang-kurangnya enam tembakan dilepaskan dengan satu terkena pada dada Berry manakala mayat Monica menunjukkan beberapa kesan tembakan.
“Ketika kejadian, kereta itu sudah berada di atas trak penunda menyebabkan polis turut menahan dua pemandu trak tunda yang berada di tempat kejadian untuk siasatan,” katanya.
Walaupun sudah berpisah dengan Berry, pasangan itu masih mempunyai hubungan baik dan bercuti bersama demi anak mereka. Monica turut banyak memuat naik beberapa gambar serta video sepanjang percutian itu. Kejadian rompakan seperti itu kerap berlaku di Venezuela sejak kebelakangan ini dengan perompak merosakkan kereta mangsa menggunakan pelbagai cara sebelum mengambil kesempatan menyamun mangsa.
Ibu bapa Monica diterbangkan ke Venezuela dari Florida menaiki pesawat peribadi disediakan Presiden Venezuela.
Bapa Monica, Rafael berkata, keluarganya terlalu sedih dengan kejadian itu.
“Anak saya seorang yang baik dan disayangi semua.
“Dulu saya tidak membenarkan semua anak saya menonton telenovela, namun selepas dia menjadi pelakon saya sendiri pula menonton semua rancangan televisyen membabitkannya,” katanya. - Agensi
Ratu ditembak depan anak
Written By kelantan post on Thursday, 9 January 2014 | 11:45

09:16
Seattle: Seorang wanita mengejutkan doktor di wad kecemasan sebuah hospital apabila mengalami kesesakan nafas teruk gara-gara klimaks berpanjangan selama tiga jam.
Doktor pada mulanya menyangka wanita dikenali sebagai Liz itu sedang sakit bersalin kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas.
Liz dan teman lelakinya Eric membincangkan kejadian itu dalam rancangan baru TLC, ‘Sex Sent me to the ER’.
“Saya cuba melompat-lompat dengan harapan ia boleh menghentikan proses klimaks, namun gagal,” kata Liz.
Dia juga cuba mengambil sedikit wain namun selepas dua jam memutuskan untuk ke hospital. Liz berhenti klimaks secara sendiri selepas sejam dipantau beberapa doktor. Eric juga mengakui malu dengan kejadian itu. - Agensi
Sesak nafas alami klimaks tiga jam
Written By kelantan post on Tuesday, 7 January 2014 | 09:16
Seattle: Seorang wanita mengejutkan doktor di wad kecemasan sebuah hospital apabila mengalami kesesakan nafas teruk gara-gara klimaks berpanjangan selama tiga jam.
Doktor pada mulanya menyangka wanita dikenali sebagai Liz itu sedang sakit bersalin kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas.
Liz dan teman lelakinya Eric membincangkan kejadian itu dalam rancangan baru TLC, ‘Sex Sent me to the ER’.
“Saya cuba melompat-lompat dengan harapan ia boleh menghentikan proses klimaks, namun gagal,” kata Liz.
Dia juga cuba mengambil sedikit wain namun selepas dua jam memutuskan untuk ke hospital. Liz berhenti klimaks secara sendiri selepas sejam dipantau beberapa doktor. Eric juga mengakui malu dengan kejadian itu. - Agensi
Labels:
dunia
11:18
TAIPEI - TAIWAN. Gara-gara tindakannya menyumbat kucing di dalam sebuah balang sebagai hukuman kerana nakal, seorang pelajar di Taiwan bakal berdepan hukuman penjara setahun dan denda jika didapati bersalah melanggar undang-undang perlindungan haiwan.
Kiki Lin pelajar Universiti Providence Taichung didakwa melakukan penganiayaan ke atas haiwan selepas dia memuat naik gambar tersebut di Facebook.
Tindakan kejamnya itu mengundang kemarahan pencinta haiwan dalam kalangan pengguna laman sosial itu dan mereka turut menggelarnya sebagai pendera haiwan, dipetik dari laporan DailyMail.
Pelajar kejam sumbat kucing dalam balang
Written By kelantan post on Saturday, 28 December 2013 | 11:18
TAIPEI - TAIWAN. Gara-gara tindakannya menyumbat kucing di dalam sebuah balang sebagai hukuman kerana nakal, seorang pelajar di Taiwan bakal berdepan hukuman penjara setahun dan denda jika didapati bersalah melanggar undang-undang perlindungan haiwan.
Kiki Lin pelajar Universiti Providence Taichung didakwa melakukan penganiayaan ke atas haiwan selepas dia memuat naik gambar tersebut di Facebook.
Tindakan kejamnya itu mengundang kemarahan pencinta haiwan dalam kalangan pengguna laman sosial itu dan mereka turut menggelarnya sebagai pendera haiwan, dipetik dari laporan DailyMail.
Labels:
dunia
10:45
HERAT - AFHANISTAN. Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah.
Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya.
"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.
Ibu Setara, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.
Penagih dadah kerat hidung dan bibir isteri
Written By kubigomofm on Friday, 27 December 2013 | 10:45
HERAT - AFHANISTAN. Seorang wanita di Afghanistan terpaksa menanggung derita selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah.
Setara, 30, ibu kepada empat anak itu dilaporkan dipukul sebelum suaminya memotong hidung dan bibirnya.
"Dia bertindak ganas kerana saya enggan beri barang kemas untuk digadai bagi membeli dadah. Dia rampas telefon dan cincin saya sebelum melarikan diri," katanya pada laporan Daily Mail.
Ibu Setara, Nasima berkata, dia mahu pihak berkuasa menahan menantunya itu dan merejam hingga mati bagi memberi pengajaran kepada orang lain.
Labels:
dunia
11:17
PERSINGGAHAN di sebuah tandas awam di Ashanti, Ghana menjadi pengalaman pahit bagi Kwabena Nkrumah, 34, apabila kemaluannya dipatuk seekor ular yang tiba-tiba muncul dari dalam mangkuk tandas.
Menurut Daily Mail, ketika kejadian, Nkrumah dikatakan sedang menggunakan tandas dan berasa sakit secara tiba-tiba pada kemaluannya.
Media tempatan melaporkan, pada mulanya Kwabena menyangka kesakitan itu hanya sekadar perkara biasa, namun selepas mendapati seekor ular hitam melingkar di bawahnya dia hampir pengsan kerana terkejut.
"Penjaga pintu menjerit meminta tolong tetapi ia hanya mencetuskan panik di kalangan pengguna tandas yang lain," menurut ghanaweb.com.
Kemaluan dipatuk ular
Written By kubigomofm on Saturday, 14 December 2013 | 11:17
PERSINGGAHAN di sebuah tandas awam di Ashanti, Ghana menjadi pengalaman pahit bagi Kwabena Nkrumah, 34, apabila kemaluannya dipatuk seekor ular yang tiba-tiba muncul dari dalam mangkuk tandas.
Menurut Daily Mail, ketika kejadian, Nkrumah dikatakan sedang menggunakan tandas dan berasa sakit secara tiba-tiba pada kemaluannya.
Media tempatan melaporkan, pada mulanya Kwabena menyangka kesakitan itu hanya sekadar perkara biasa, namun selepas mendapati seekor ular hitam melingkar di bawahnya dia hampir pengsan kerana terkejut.
"Penjaga pintu menjerit meminta tolong tetapi ia hanya mencetuskan panik di kalangan pengguna tandas yang lain," menurut ghanaweb.com.
Labels:
dunia
11:58
Bintang "The Fast dan Furious" Paul Walker,40, meninggal dunia selepas kenderaannya merempuh pokok petang Sabtu di selatan California.
Kemalangan itu berlaku di Santa Clarita di luar Los Angeles apabila Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan dan merempuh pokok menyebabkan kereta itu terbakar dan meletup.
Paul Walker bintang 'Fast and Furious' terbunuh dalam kemalangan
Written By kelantan post on Sunday, 1 December 2013 | 11:58
Bintang "The Fast dan Furious" Paul Walker,40, meninggal dunia selepas kenderaannya merempuh pokok petang Sabtu di selatan California.
Kemalangan itu berlaku di Santa Clarita di luar Los Angeles apabila Porsche yang dinaiki Walker hilang kawalan dan merempuh pokok menyebabkan kereta itu terbakar dan meletup.
Labels:
dunia
14:00
Gabriela Guerra Hernández mengucapkan selamat tinggal di facebook dengan gambar di mana beliau muncul dengan satu kain yang diikat di lehernya.
Status itu disasarkan kepada bekas teman lelakinya Julio dengan kata- kata "Aku pergi dengan senyuman sebagaimana engkau selalu buat ku gembira dan tersenyum" Disamping itu dia juga turut sama mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.
Bagaimanapun akaun ini telah dinyahaktifkan oleh facebook selepas imej itu meraih lebih daripada 20,000 "Likes" dan bilangan pengikut akan meningkat sebanyak jumlah yang sama.
Gadis Mexico bunuh diri di Facebook
Written By kelantan post on Saturday, 30 November 2013 | 14:00
Gabriela Guerra Hernández mengucapkan selamat tinggal di facebook dengan gambar di mana beliau muncul dengan satu kain yang diikat di lehernya.
Status itu disasarkan kepada bekas teman lelakinya Julio dengan kata- kata "Aku pergi dengan senyuman sebagaimana engkau selalu buat ku gembira dan tersenyum" Disamping itu dia juga turut sama mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya.
Bagaimanapun akaun ini telah dinyahaktifkan oleh facebook selepas imej itu meraih lebih daripada 20,000 "Likes" dan bilangan pengikut akan meningkat sebanyak jumlah yang sama.
Labels:
dunia
07:53
Rome: Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup selepas dia dicampak ke dalam kandang haiwan itu oleh anggota kumpulan samseng lawan.
Francesco Raccosta dibelasah menggunakan besi sebelum dicampak ke dalam kandang yang dipenuhi sekumpulan babi lapar lalu dimakan haiwan itu.
Menurut polis, kematian Raccosta itu keganasan terbaru dalam perang di antara anggota kumpulan penjenayah yang berlarutan sejak 60 tahun lalu.
Kejadian dipercayai dilakukan Simone Pepe, anggota keluarga Mafia ‘Ndrangheta yang berkuasa di daerah Calabria, selatan Itali.
Polis juga semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon mengandungi perbualan Pepe mengenai Raccosta: “Puas hati mendengar jeritannya...kuat betul dia menjerit. Kata orang khinzir kadangkala meninggalkan sisa makanan, tetapi kali ini memang licin.”
Menurut polis, Raccosta erayu supaya Pepe melepaskannya namun tidak diendahkan.
Pepe juga dipercayai dalang di sebalik sekurang-kurangnya tiga lagi pembunuhan dalam tempoh 24 jam kematian Raccosta itu.
Raccosta dilaporkan hilang pada Mac 2012 bersama rakannya Carmine Putrino yang dipercayai mati dimakan babi kerana mayatnya tidak pernah ditemui.
Pepe mengakui pembabitannya kepada polis dan mendakwa ia untuk membalas dendam atas pembunuhan ketuanya Domenico Bonarrigo.
Jurucakap polis berkata, pertelingkahan antara kumpulan itu bermula sejak 1950-an dan meragut banyak nyawa termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati ditembak ketika berada dalam kereta datuknya
Mafia mati dimamah babi

09:39
NEW YORK - Hasrat seorang pemuda ingin menaiki penerbangan untuk pulang ke Perancis akhirnya tercapai selepas beberapa kali terhalang.
Kevin Chais akhirnya mendapat tiket penerbangan menuju ke London selepas beberapa syarikat penerbangan mendakwa dia terlalu gemuk untuk menaiki pesawat.
Chenais dan keluarganya ingin pulang ke negara asalnya selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sejak Mei tahun lalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah hormon tidak seimbang.
Sebelum ini, syarikat penerbangan British Airways menyatakan, lelaki berusia 22 tahun dengan berat badan 230 kilogram (kg) itu terlalu gemuk untuk terbang.
Mereka pada mulanya ini menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Chicago tetapi gagal untuk mendapatkan tiket penerbangan.
Keluarga itu kemudian menghabiskan masa selama seminggu tinggal di hotel sehingga mereka kehabisan wang sebelum membuat keputusan untuk menaiki kapal pelayaran Queen Mary sebagai pilihan alternatif pulang ke Perancis.
Namun menurut abangnya, pihak pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka kerana faktor keselamatan. - AFP
Pemuda dilarang naiki pesawat, kapal lantaran terlalu gemuk
Written By kubigomofm on Wednesday, 20 November 2013 | 09:39
NEW YORK - Hasrat seorang pemuda ingin menaiki penerbangan untuk pulang ke Perancis akhirnya tercapai selepas beberapa kali terhalang.
Kevin Chais akhirnya mendapat tiket penerbangan menuju ke London selepas beberapa syarikat penerbangan mendakwa dia terlalu gemuk untuk menaiki pesawat.
Chenais dan keluarganya ingin pulang ke negara asalnya selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sejak Mei tahun lalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah hormon tidak seimbang.
Sebelum ini, syarikat penerbangan British Airways menyatakan, lelaki berusia 22 tahun dengan berat badan 230 kilogram (kg) itu terlalu gemuk untuk terbang.
Mereka pada mulanya ini menaiki penerbangan di Lapangan Terbang Chicago tetapi gagal untuk mendapatkan tiket penerbangan.
Keluarga itu kemudian menghabiskan masa selama seminggu tinggal di hotel sehingga mereka kehabisan wang sebelum membuat keputusan untuk menaiki kapal pelayaran Queen Mary sebagai pilihan alternatif pulang ke Perancis.
Namun menurut abangnya, pihak pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka kerana faktor keselamatan. - AFP
Labels:
dunia
12:03
Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.
Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.
Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.
Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.
Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.
Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh
Written By kubigomofm on Saturday, 9 November 2013 | 12:03
Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.
Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.
Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.
Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.
Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR.
Labels:
dunia
11:27
PARIS - PERANCIS . Pemilik baru sebuah apartmen terkejut selepas menemui mayat lelaki tergantung di kediamannya di sini, minggu lalu.
Sumber polis memberitahu, siasatan awal mendapati, mayat reput tersebut adalah bekas pemilik rumah terbabit yang berumur lingkungan 40-an dan dipercayai menggantung diri kira-kira lapan tahun lalu.
Menurut jiran, mereka menyangka lelaki tersebut yang juga seorang pengawal keselamatan telah pulang semula ke Kemboja kerana didakwa menghilangkan diri selepas memfailkan aduan berhubung pemecatannya kepada jabatan buruh pada 2005, dipetik dari laporan AFP.
Mayat tergantung ditemui selepas 8 tahun
Written By kelantan post on Saturday, 26 October 2013 | 11:27
PARIS - PERANCIS . Pemilik baru sebuah apartmen terkejut selepas menemui mayat lelaki tergantung di kediamannya di sini, minggu lalu.
Sumber polis memberitahu, siasatan awal mendapati, mayat reput tersebut adalah bekas pemilik rumah terbabit yang berumur lingkungan 40-an dan dipercayai menggantung diri kira-kira lapan tahun lalu.
Menurut jiran, mereka menyangka lelaki tersebut yang juga seorang pengawal keselamatan telah pulang semula ke Kemboja kerana didakwa menghilangkan diri selepas memfailkan aduan berhubung pemecatannya kepada jabatan buruh pada 2005, dipetik dari laporan AFP.
Labels:
dunia
13:15
kemaluan terpaksa dipotong akibat terlebih dos viagra
Written By kelantan post on Tuesday, 24 September 2013 | 13:15
Labels:
dunia