Latest Post
Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Siapakah Pian Kpop?

Written By kubi irdk on Wednesday, 7 June 2017 | 09:47


Sering kali anda tertanya-tanya suapakah pian kpopp???sering disebut-sebut oleh peminat...pembenci...dan juga gadis2 n janda2 makcik2 di malaysia...Pian kpopp adlah seorg lelaki melayu berpewatakaan menarik n menjadi kegilaan para gadis melayu...Cina dan India dan etnik lain di malaysia termasuk korea. .terbaru ad gadis saggup memecahkan daranya sendiri kerana melihat muka pian kpopp...

pian kpop merupakan lelaki kacukkan korea belanda Ibunya berasal dri korea manakala Bapanya pula berasal di belanda...semenjak beliau dilahirkan terdapat keanehan kelahiran beliau iaitu bidan 7 mnjadi tawar ilmu setelah menyambut kelahirannya....disebabkn itu pian kpopp dicuri oleh puteri bunian n dibesarkan di alam bunian di puncak gunung reng jeli kelantan...

Kemunculan wataknya yg agong mnjadi viral di media sosial dgn watak kacak n menarik...tdk dinafikan lagi pian kpopp memang #KACAK_ASAL zaman kegemilangannya bermula pd tahun 2016 bulan februari...

aset paling penting ialah muka n rambut kpopp nya...beliau kini menjulang nama di malaysia sebagai artis kpopp no 1 malaysia n bertapak di kelantan... Kekacakkan dimilikki beliau memukau gadis2 sunti malah pian sendiri pun megakui dia masih berteruna malah pengakuan beliau sendiri juga mengatakan dia tdk pernah mencelup keterunaanya di lembah2 beracun malah tdk akn sesekali merosakkan terunanya bukan seperti gadis lain bermaruah murah...

malah beliau dgn egonya mengata beliau akn menjaga maruah kpoppnya dan akn memecahkan terunanya bila tiba masa 3 purnama akn datang bersama bakal isterinya....kini katanya terunanya masih utuh terjaga malah tdk pernah disentuh....

Kekacakkan beliau juga mnjadi viral dlm media sosial artis antaranya artis janna nick sering selfie dgn nya malah zara zia akui selalu menangis bila merindukan pian kata nora danish pula muka pian manis geram nk cubit pp gebu pian.....AARON AZIZ pula mnyatakan beliau akui kini beliau bkn lg lelaki kacak no 1 malaysia setelah kemunculan pian kpopp...fattah amin pula bersyukur kerana sblm ketibaan pian dia dh couple bersama neelofa,katanya lagi jika lewat sedikit waktu sahaja neelofa mugkin akn mnjadi kekasih pian kpopp...Fattah amin kini anti pian

#KACAK_ASAL

Pelancaran logo rasmi radio iRdK fM

Written By kubi irdk on Wednesday, 24 August 2016 | 20:01


Setelah sekian lama bersiaran dgn menggunakan pelbagai logo, akhirnya iRdK fM melancarkan logonya yg rasmi. Logo ini ciptaanan anak muda yg berbakat besar Yan Taro yang sebelum ini pernah juga mencipta logo untuk irdk (Kelantan).


Logo yg bertema keceriaan ini bertepatan sangatlah dgn iRdK fM krn ia adalah salah satu elemen yg perlu ada pada setiap deejay yang bertugas supaya pendengar rasa terhibur dan tidak mudah bosan.

Dengan pelancaran logo rasmi diharapkan iRdK fm terus maju dan menjadi radio streaming pilihan ramai ketika melayari internet.

powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK 
~ fb info iRdK (kelantan) 
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)



Konsert 2 Dekad Slam Kembali Terjalin Bersama Dms 360

Written By kelantan post on Sunday, 14 August 2016 | 20:35


DMS 360 yang diasaskan oleh Dato'Seri Dr Muhammad Shah dan amat terkenal sebagai sebuah syarikat yang menghasilkan produk kecantikan dan penjagaan kulit di Malaysia, Singapura,Thailand, China, Taiwan dan Hong Kong, dengan bangganya membawakan persembahan sebuah kumpulan lagenda yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air, iaitu kumpulan SLAM pada hari sabtu 3 September 2016 akan datang


Konsert  bermula pada pukul 8.30 malam sehingga 12.30 tengah malam itu yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor adalah sempena meraikan ulang tahun SLAM selama dua dekad dalam industri hiburan tanah air.


Konsert yang dinamakan sebagai DUA DEKAD SLAM KEMBALI TERJALIN BERSAMA DMS 360 adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat SLAM yang sentiasa menyokong perjalanan seni kumpulan ini. Manakala DMS 360 selaku penganjur merupakan pengeluar produk  kecantikan dan penjagaan kulit tanpa bahan kimia yang telah pun mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut dijual dari harga RM73 sehingga lah ke RM353..Bagi mereka yg berada di Kelantan, anda boleh hubungi talian 0145097444 (Cik Nor) & 0148062444 (Aizudin) untuk tempahan.


Sebuah motosikal skuter Modenas sumbangan DMS360 bakal dimenangi sebagai hadiah cabutan nombor bertuah bagi mereka yang bernasib baik. Jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai ramai.

powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK 
~ fb info iRdK (kelantan) 
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)



Deejay Kubi hot !! Kata Nurulhidayatul Husna

Written By kelantan post on Saturday, 13 August 2016 | 08:41


Terimakasih pada semua rakan2 pendengar yg turut sama mempromosikan radio IRDK FM. Jasa kalian memang tidak mampu kami balas. Tambah2 kpd Nurulhidayatul Husna ni krn turut sudi mempromosikan radio IRDK FM hehehe.. Tapi betul ke Deejay Kubi hot? Rasanya tak lah hot sangat. Yang betul2 hot sgt ialah dia sendiri. Tak percaya? klik jer link video kat bawah tu hehehe..



powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK 
~ fb info iRdK (kelantan) 
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)


Nurulhidayatul Husna model IRDK FM yang hot & kontroversi

Written By kubi irdk on Thursday, 11 August 2016 | 10:12


Betullah  bagai yg dikata orang, Pasir Mas umpama kilang jelitawan. Kebanyakan gadis2 dari daerah tersebut lawa2 dan comel2.

Begitu juga dgn model IRDK FM kali ini Nurulhidayatul Husna atau panggilan mesranya Nurul.yg berdarah kacukan melayu pakistan. Orangnya comel, berkulit putih serta bermata galak membuatkan ramai lelaki yg tergoda padanya.

Beliau yg kini bertugas di Selayang merupakan seorang yang tidak sombong dan mesra alam. Mudah mesra dengan sesiapa saja yang ikhlas untuk berkawan.  Juga seorang yg kental dan kuat semangat.  dalam menempuh segala cacian dan makian yg sudah seaakan asam garam dalam kehidupanya yg mencabar itu.

Kerana kelebihan2 itu lah beliau menjadi pilihan kami dan kini sudah pun menjadi sebahagian dari kami dengan menjadi model video untuk promo radio IRDK FM.


Video promosi itu boleh ditonton di page IRDK FM radio dan jangan lupa tekan butang LIKE,
https://www.facebook.com/radioirdkfm/videos/vb.278462642502856/307076392974814/?type=2&theater

powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK 
~ fb info iRdK (kelantan) 
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)


Pian Kpop artis dalam pembikinan

Written By kelantan post on Wednesday, 8 June 2016 | 14:56


Pian Kpop satu nama yang sedang viral sekarang ini di media sosial dgn rakaman video-video lawaknya yang kadangkala amat keterlaluan membuatkan nitizen menyampah dengan lawaknya yang seaakan-akan memperbodohkan diri sendiri. Tak kurang juga ada yang cuba mempertahankannya dgn kata-kata biarlah dia berkarya dan dia tak kacau sesiapa pun.

klik untuk menonton video pian tertipu dgn awek

Biar apa pun pandangan orang, pemilik nama asal Sufian Muhammad yang merupakan anak kelahiran Lati, Pasir Mas Kelantan ini tidak pernah marah dan melenting dgn segala komen-komen  negetif yang berupa hinaan dan cacian dari nitizen. Apa yg penting dia terus berusaha untuk menunjuk bakat lawaknya dengan cara yang tersendiri demi satu kepuasan dan suka-suka sambil berhibur.


Bermula dari facebook, sejak tahun 2013 dgn id abemat berry. Dan namanya mula meningkat naik setelah  menyertai grup facebook IRDK (kelantan) menggunakan nama Sufian Muhammad dan Pakdo Rolir. Dengan nama sufian Muahammad dia berkongsikan video-video lawaknya di IRDK (kelantan), sebaliknya dengan nama samaran Pakdo Rolir dia berkongsi ilmu-ilmu perbomohan yang apa-apa entah.


Hari demi hari videonya lawaknya yang dirakam oleh kawab baiknya Mat Yusuh dikongsikan oleh ratusan hingga keribuan pengguna facebook termasuk artis terkenal, membuatkan namanya terus melonjak dan dikenali ramai keseluruh Malaysia. Peminatnya semakin hari semakin bertambah.


Bermula dari itu, rutin kehidupan Pian Kpop mulai berubah. Dari seorang jejaka kampung yang tiada siapa yang merperdulikannya, kini tempahan untuk review produk daripada orang perseorangan. kedai dan juga syarikat mula membanjiri. Secara tak langsung menjadi pendapatan sampingannya.


Mana-mana beliau pergi terus diburu peminat terutamanya gadis-gadis cantik yang ingin bergambar sebagai kenangan, Jemputan sana sini hingga kadang2 membuatkan dia tidak terlayan. Orang-orang yang dulu membencinya kini mula meminatinya secara diam-diam.


Dan sehingga rencana ini ditulis, beliau kini sudah pun disunting sebagai pelakon video terbitan PKM Solutions. Semoga suatu hari nanti cita-cita Pian Kpop untuk menjadi seorang artis  terkenal tercapai dan menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan.

klik untuk menonton video pian keluaran pkm yg bertajuk sado


powered by iRdK
~ radio iRdK fM
~ CBoX iRdK
~ page iRdK fM RaDiO
~ website iRdK 
~ fb info iRdK (kelantan) 
~ fb santai iRdK FuN cLuB (iRdK fC)


Peserta Kelantan, Fatin juara clever girl pertama

Written By kelantan post on Monday, 23 May 2016 | 12:25



Peserta dari Kelantan, Fatin Nuraisya Mohd Hanipha atau Fatin muncul juara edisi pertama program berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) terbitan TV3, malam tadi.

Fatin yang mengenepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor; Mary Josephine Muhammad Houston (Pahang ) dan Lam Wai Chuin (Perak) membolot wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Arina yang diumumkan naib juara menerima wang tunai RM10,000. Hadiah disampaikan pengacara CGM Alif Satar.

Program yang disiarkan sejak 13 Mac lalu selama 10 minggu diwakili 14 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.

Malah rancangan itu juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.


Biodata

Nama Penuh: Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha
Nama Panggilan: Fatin
Umur: 28 Tahun
Pekerjaan: Peguam
Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, International Islamic University Malaysia
Wakil Negeri: Kelantan

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


DMS 360 menaja siaran radio internet IRDK FM

Written By kelantan post on Thursday, 5 May 2016 | 13:07


Nampaknya wakil DMS 360 yang diasaskan oleh Dato Seri Dr Mohamad Ruslan Shah telah 2 kali bekerjasama dgn IRDK dalam menjayakan program- program kemasyarakatan. Antaranya ialah program agihan makananan percuma kepada golongan gelandangan di sekitar Kota Bharu & agihan makananan percuma untuk pelajar Madrasah Muhammadiah Pondok Beta Hilir.



Dan kerjasama terbaru DMS 360 ialah menjadi penaja siaran radio internet IRDK FM pula, yg mana radio ini merupakan radio komuniti sukarela yang berkongsi info-info terkini dan info-info menarik kepada pendengar disamping menghebahkan kerja kerja kemasyakatan dibawah program IRDK prihatin. Juga turut sama memutarkan lagu2 dalam dan luar negara sebagai langkah promosi.


Siapakah org yg bertanggungjawab dalam semua kerjasama ini? Tak lain tak bukan dia adalah Nur Fasihah Dms KB.

Biodata

Nama:
Nur Fasihah Hussain (stokis DMS 360 Kelantan) atau lebih dikenali dengan nama Cik Nur

fb page:
DMS 360 KOTA BHARU Kelantan

Asal:
Kg Lundang Paku dan skrg menetap di Pasir hor Kelantan

Mula berniaga:
Disember 2014 diperkenalkan oleh Awin DMS

Pencapaian :
Pernah menjadi top sale 2 bulan berturut iaitu bulan  Febuari & Mac 2016

Selain dari disokong penuh oleh leader Riena DMS, beliau  juga turut dibantu oleh ejen ejen kuatnya antaranya ialah Ila Kubang Kerian,  Eila Zara dms, Suzlenda Subran dms, Eyra dms, Saadah dms, Eyra dms dan Shahida dms.

Dan sesiapa yg berminat untuk mendapatkan produk kecantikan DMS 360 atau berminat untuk menjadi ejen, boleh sahaja menghubungi nombor ini 0145097444


Semoga dengan kerjasama DMS 360 & IRDK ini menjadi sebagai satu contoh kerjasama murni diantara syarikat perniagaan bersama dengan badan sukarela dalam melakukan program2 kemasyarakatan


powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Artis baru Wan Azlyn sumbangkan suara untuk promo radio iRdK fM

Written By kelantan post on Friday, 18 March 2016 | 02:59


Melalui kakak angkatnya Aisha Daarnish, Wan Azlyn telah pun menyumbangkan suara untuk satu promo iRdK fM. Untuk pengetahuan smua. beliau baru sahaja melahirkan single sulung  yang bertajuk TAKKAN ADA bersama Viral terbitan FMC Music.

Mengikut info dari bapanya Hj Shah, Irdk Fm menjadi radio yang kedua memutarkan lagu TAKKAN ADA selepas ERAfm. Radio hotfm pula menjadi radio ke 3 yang memutarkan lagu ini.

Tahukah anda penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini fasih berbahasa Mandarin. Juga berbakat dalam bidang lakonan.

Untuk pengetahuan anda, dibawah ini disertakan biodata serta pencapaian beliau setakat ini dalam bidang seni.

Nama : Wan Azlyn
Nama panggilan : Darling. (16 thn)
Tarikh lahir : 10 September 2000
Anak bongsu dari 6 adik beradik.
Sek : Sek Menengah Chio Min Kulim Kedah.
Pertuturan : Bahasa Malaysia, Mandarin, Inggeris
Naib juara IDOLA KECIL 5 (2012)
Penyanyi Lagu Tema NANA NINI NUNU (tv9)
Kerjaya : Pelajar & Artis Artis FMC Record (singgle album lagu..TAKKAN ADA )

Boleh menyanyi dalam 10 Bahasa.

1.melayu
2.inggeris
3.mandarin
4.hokkian
5.kantonis
6.hindi
7.thai
8.japan
9 korea
10.arab.

Persembahan Terbesar

1.Persembahan bersama orkestra PDRM & ATM di Dataran Merdeka dihadapan DYMM Seri Paduka Yg Di Pertuan Agung (2011)
2.Persembahan pembukaan Sukan Pra Olympic asean stadium bkt jalil ( 2013)
3.Peserta finalis World Star K.Lumpur (2014)
4.Membuat persembahan di hadapam PM.TPM.KM P.Pinang,KM Melaka,K.Polis Negara. 5.Persembahan Ghazal Parti di JKKKN Wilayah Persekutuan

 Aktif dlm LAKONAN.& TEATER LAKONAN

1.Drama Pondok Pakya sebagai Syafinaz (astro)
2.Drama Pengembaraan Ben sebagai Darlina (tv9)

TEATER

1.Puteri Selindungan Bulan (sebagai anak raja)
2.Puteri Mek Mulung (sebagai permaisuri)
3.Jakey (sebagai anak raja)
4.Putera Gajah (sebagai permaisuri raja)
5.Tun Teja (sebagai ank raja)


                     \

lirik lagu Takkan Ada ~ Wan Azlyn feat. Viral

Ee Takkan ada Ee ee Takan ada
Ee Takkan ada

Bila ku lihat Wajahmu
Ada sesuatu Yang ku rasa
Ku tahu Isi hatimu
Namun engkau Tak bersuara

Disebalik senyuman itu
Tersirat Seribu makna
Ku berjanji Janji

Takkan ada Rasa curiga
Takkan ada Cuba mendua
Dan kamu percaya Percaya

Takkan ada Rasa curiga
Takkan ada Cuba mendua
Dan kamu percaya Percaya

*Music

Kau tahu isi hatiku
Kau hanya Yang ku cinta
Kini tiada siapa lagi
Cuma engkau Di hati

Disebalik senyuman itu
Tersirat Seribu makna
Ku berjanji Janji

Takkan ada Rasa curiga
Takkan ada Cuba mendua
Dan kamu percaya Percaya

Takkan ada Rasa curiga
Takkan ada Cuba mendua
Dan kamu percaya Percaya

Oooo Oooouu yeeaahhh

Aku juga rasa begitu
Kadang keliru Dengan perjalan yang berliku
Biar beribu Pengalaman tak terkira
Hujan batu melanda Aku tetap setia

Suka duka Janji kita harum bersama
Dua muka Sama hati jadikan muka
Buka mata dan minda Sedar bahwa
Mengapa ku pilih kau Satu dalam sejuta

Takkan ada ooo Takkan ada

Takkan ada Rasa curiga
Takkan ada Cuba mendua
Dan kamu percaya Percaya

Takkan ada Rasa curiga
Takkan ada Cuba mendua
Dan kamu percaya Percaya

powered by iRdK
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information

Sayang Papa Saya Tak? karya terbaru Hanni Ramsul terbit dipasaran

Written By kelantan post on Monday, 29 February 2016 | 14:28


Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

“RM100,000.00 Encik Farish? Yang tak gatal pun mesti jadi gatal.”- Raisya.

Kalau begitu ragamnya, bagaimana Farish tidak pening dengan Raisya?

Untuk mengetahui kesudahan novel ini...

DAPATKAN DI KEDAI2 BUKU YG BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT ANDA

Harga : RM 24.00

Komen penulis :

Sudah menjadi kebiasaan, novel2 karya Hanni Ramsul tidak pernah menghampakan pembacanya

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Lagu rock kapak meleleh 24 jam sehari di iRdK fM

Written By kelantan post on Wednesday, 27 January 2016 | 11:58


Dengarkan lagu rock kapak meleleh semasa ketiadaan deejay di iRdK fM 24 jam sehari

dgr di web http://www.irdkfm.net/
dgr di tunein http://www.irdkfm.net/2016/01/irdk-fm-kini-boleh-didengari.html
dgr di player VLC
http://www.irdkfm.net/2016/01/cara-cara-mendengarkan-radio-irdk-fm-di.html

iRdK fM
sumber hiburan dan informasi terkini.

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Siaran iRdK fM dapat didengari diseluruh dunia


iRdK fM adalah radio internet yang dapat didengari diseluruh dunia


powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Apa kata pendengar tentang iRdK fM


Antara status pendengar di facebook tentang iRdKfm yang sempat kami temui. Terimakasih pada semua yg menyokong kami. Semoga dengan sokongan semua akan memberi kami semangat untuk terus memberi yg terbaik untuk anda.

dgr di web http://www.irdkfm.net/
dgr di tunein http://www.irdkfm.net/2016/01/irdk-fm-kini-boleh-didengari.html
dgr di player VLC
http://www.irdkfm.net/2016/01/cara-cara-mendengarkan-radio-irdk-fm-di.html

iRdK fM
sumber hiburan dan informasi terkini.















powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Akim & The Majistret juara Anugerah Juara Lagu Ke-30 (AJL30)

Written By kubi irdk on Monday, 25 January 2016 | 00:38


Lagu Potret yang dinyanyikan oleh Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi Anugerah Juara Lagu Ke-30 (AJL30) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini sebentar tadi.

Kemenangan tersebut sekaligus membolehkan komposer dan pencipta liriknya, Hang Nadim dan Kamar Empayar membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Sebelum itu, Akim & The Majistret menerima anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu yang sama dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000 berserta trofi.

Lagu Assalamualaikum ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir pula meraih kedudukan naib juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM35,000 dan trofi.

Sementara itu, lagu Hanya Namamu nyanyian Caliph Buskers yang dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim selesa di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori Vokal Terbaik, penyanyi Dayang Nurfaizah menepati ramalan melalui lagu Tak Pernah Menyerah dengan membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Lagu Cindai ciptaan Suhaimi Mohd. Zain nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang pernah menjuarai AJL 1998 diberi penghargaan Anugerah Qu Puteh.

Antara barisan juri profesional yang mengadili majlis berprestij tersebut adalah Fauzi Marzuki, Azmeer, Manan Ngah dan Joe Flizzow.

Mengangkat tema 'Tiga Dekad Mencipta Fenomena', AJL30 diserikan dengan persembahan pembukaan oleh penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza dan Yasin

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


iRdK fM kini boleh didengari menggunakan amplikasi TuneIn

Written By kubi irdk on Sunday, 24 January 2016 | 00:22

iRdK fM kini boleh didengari menggunakan amplikasi TuneIn tanpa perlu masuk ke web http://www.irdkfm.net dan sesuai untuk semua jenis telefon samaada Apple, Android, IPad, android Tablet atau Windowphone.

Ini cara2 mendengarkan iRdK fM dgn TuneIn untuk telefon android

1. Klik playstore utuk

2. Taip tunein dan tekan tunein radio


3. Install


4. Open/Buka


5. Klik lambang kanta atas ssebalah kanan


6. Taip irdkfm hingga keluar station irdk fm dan klik


7. Tunggu sekejap radio loading selepas itu siaran radio akan kedengaran. Tekan lambang love sebelah atas kanan utuk save supaya mudah untuk dengar di lain kali.


8. Jika ingin dgr iRdK fM cari jer ikon tunein di menu handphone dan klik


9. Selamat mendengar iRdK fM



Sumber hiburan dan informasi terkini

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Penubuhan IRDK FM

Written By kubi irdk on Saturday, 23 January 2016 | 12:15


Memandangkan facebook group IRDK mendapat sambutan ramai dgn follower melebihi 100k. saya terpanggil untuk melebarkan sayap ke radio pula.

Penubuhan radio streaming IRDK yg betujuan menyampaikan info2 semasa dikawasan setempat serta info2 dalam negara dan juga luar negara dengan lebih berkesan lagi. Disamping itu juga ia turut sama mempromosikan lagu2 terbaru atis2 tempatan dan juga antarabangsa. Juga boleh dijadikan tempat tempat mengasah bakat anak2 muda dalam bidang penyampaian radio.

Radio ini dipancarkan secara dalam talian. Bermaksud hanya boleh didengar menggunakan internet melalui komputer dilaman blog irdk atau dgn telefon pintar sahaja. Itu sahaja sedikit penerangan ringkas. Semoga dengan adanya radio dan konti tetap ini dapat memberi munafaat untuk semua.

Disamping itu juga dapat dijadikan tempat berkumpul anak muda kita sbg pusat kerja2 sukarela yg dianjurkan. Diradio juga kita akan memberi tip2 dan nasihat yg berguna untuk merealisasi kearah masyarakat yg penyayang .IRDK FM memulakan siaran percubaan yg pertama pada 16 jan 2016 pada pukul 10 malam

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Cara cara mendengarkan radio IRDK FM di handphone menggunakan VLC player

Written By kubi irdk on Tuesday, 19 January 2016 | 12:17

1. Downlod VLC for android di playstore hingga siap 


2. Pergi ke google taip http://www.irdkfm.net/  dan masuk


3. Skrool ke bawah skali hingga jumpa perkataan view web version dan klik


4. Bila web version dah kelihatan terus ke player dan klik ikon lambang  shoutcast dan automatik siaran radio akan dimainkan di palyer VLC yg didownload tadi
\

5. Untuk memudahkan mendengar IRDK FM dilain kali tanpa perlu bersusah payah masuk ke web irdk, anda bolehlah save dan setkan nama IRDK FM.



6. Setiap kali ingin mendengar siaran IRDK FM anda cuma perlu cari icon VLC palyer dan handphone anda dan klik. 


7. Selepas itu klik ikon seperti yg ditunjuk di gambar dibawah untuk mendengarkan IRDK FM

IRDK FM sumber hiburan dan informasi terkini


~ powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK KELANTAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger