Latest Post
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Ahmad Bashah dilantik MB Kedah baharu

Written By kelantan post on Wednesday, 3 February 2016 | 11:54


ALOR SETAR - Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini telah membuat sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.

Mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

Mukhriz juga turut mengumumkan akan letak jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Mukhriz sah letak jawatan


ALOR SETAR: Kemelut politik Kedah yang berlarutan hampir dua minggu bakal menemui noktah apabila menteri besarnya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir kini sah akan digantikan.

Menurut sumber terdekat dengan menteri besar, Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi Rabu berhubung keputusan itu.

Menurut sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ketika dihubungi meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media khas, bagaimanapun tidak dinyatakan butiran lanjut.

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


Kenyataan media Nurul Izzah berkaitan gambar bersama Jacel Kiram

Written By kelantan post on Sunday, 29 November 2015 | 12:09


KENYATAAN MEDIA

Saya sedia maklum kegusaran yang timbul akibat gambar saya bersama Jacel Kiram pada 9 November 2015

Di sini saya ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali memanggil mesyuarat atau pertemuan dan tidak pernah berkenalan dengan Jacel Kiram.

Dia merupakan salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput penganjur program, iaitu Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

Semua yang hadir di program tersebut telah bergambar dengan saya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Working Group on Arbitrary Detention) yang menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta-merta.

Saya tahu dan faham ahli-ahli keluarga patriot dan perajurit yang terkorban akibat pencerobohan Lahad Datu dan rakyat Malaysia amnya cukup terasa dan marah akibat gambar saya dan Jacel Kiram, dan saya berasa amat kesal atas hakikat ini.

Simpati dan sokongan saya dari dulu hingga bila-bila adalah kepada para perajurit pahlawan negara yang terkorban serta komuniti-komuniti yang masih terkesan akibat konflik ini serta desakan puak pemisah.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia yang setia kepada nusa dan bangsa, saya akan sentiasa mempertahan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia yang tercinta.

Tidak ada apa-apa yang hendak saya sembunyikan, dan saya bersedia untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjelaskan lawatan saya yang dianjur Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

21 November 2015

KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN SETELAH KENA PECAT

Written By kelantan post on Tuesday, 28 July 2015 | 17:06


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

28 Julai 2015

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015


Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Najib berkata rombakan Kabinet adalah untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan negara sebelum PRU14

Keseluruhan, seramai tujuh Menteri dan sembilan Timbalan Perdana Menteri baru telah dilantik.

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015:

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak

Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai

Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
                                                                      Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
                                                                      Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
                                                                      Datuk Azalina Othman

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz

Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili

Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid

Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman

Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof

Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor

Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa 29 Julai


Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu perdana menteri. Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara demikian dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat sebagai timbalan perdana menteri


Menurut Najib langkah menggantikan Muhyiddin ialah satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu.

Betulkah DAP tarik pengundi melayu menggunakan awek cun?

Written By kelantan post on Sunday, 26 July 2015 | 10:50


Politik ni mcm2. Berbagai strategi utk utk memenangi hati pengundi. Tak kira la parti apa sekali pun, Masing2 punyai strategi masing. Apa yg penting, tepuk dada tanyalah selera. Tak gitu?

Mat Sabu sudah tidak releven ~ Faizul Abas

Written By kelantan post on Saturday, 25 July 2015 | 08:32


Saya, bekas PA Mat Sabu yang pernah jadi calon Parlimen Kuala Terengganu P036 dalam PRU12 dengan ini mengisytiharkan Mat Sabu tidak lagi relevan dalam politik tanahair atas tiket parti apa sekalipun. Hatta Parti Tupperware sekalipun.....

Selamat hari jadi PM yg ke 62

Written By kubigomofm on Friday, 24 July 2015 | 00:45


Semalam merupakan hari jadi PM yg ke 62. Ini adalah biodata ringkas PM. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dilahirkan pada 23hb Julai 1953. Menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 3hb April 2009, Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein.


Ahmad Said sah letak jawatan MB Terengganu

Written By kelantan post on Tuesday, 13 May 2014 | 09:38


KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Ahmad Said hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu.  

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata peletakan jawatan itu bagi membolehkan pelantikan menteri besar baharu, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa bakal menggantikan Ahmad, 57.
 
"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (menteri besar), saya maklum balas dan mereka terima dan tidak ada masalah, memang betul ada pertukaran.

"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak istana...dah sah memang disahkan dia (Ahmad Said) dah jumpa Perdana Menteri letak jawatan hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.
 
Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno  di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti.  

Spekulasi memuncak akhir-akhir ini bahawa Ahmad akan digantikan termasuk  cakap-cakap kononnya beliau bersetuju menjadi menteri besar untuk selama setahun selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei tahun lepas.
 
Ahmad dilantik semula sebagai Menteri Besar selepas menerima watikah pelantikan daripada Sultan Terengganu pada 9 Mei tahun lepas.
 
Beliau yang juga Adun Kijal pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 22 Mac 2008.
 
Sepanjang perkhidmatannya, Ahmad cukup terkenal dengan slogan “Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan” sebagai teraju utama dalam kepimpinan beliau.
 
Pentadbiran yang mesra rakyat menjadi tonggak dan keutamaan beliau dalam memastikan kepentingan dan permasalahan rakyat diselesaikan.
 
Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) Terengganu menang majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk pilihan raya kecil Kuala Besut pada 24 Julai tahun lalu. - Bernama

Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun

Written By kelantan post on Saturday, 8 March 2014 | 00:50


PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Mahkamah membenarkan Anwar menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000 sehingga jam 11 pagi, Isnin depan.

Keputusan terhadap hukuman itu dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi.

Turut bersidang bersama ialah hakim Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Bukit Damansara antara jam 3.10 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Najib ke Bangladesh ucap tahniah kepada 40,000 pengundi BN disana?

Written By kelantan post on Sunday, 22 December 2013 | 14:24


KUALA LUMPUR - "Saya pergi Bangladesh untuk ucap tahniah kepada 40,000 pengundi di sana." Gurau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, semalam.

Beliau menyentuh soal dakwaan pembangkang yang menuduh BN membawa masuk 40,000 pengundi Bangladesh ketika PRU13 lalu.

"Saya pergi ke Bangladesh untuk mengesahkan perkara itu.

"Saya minta Presiden Bangladesh kumpulkan rakyatnya di stadium sebab saya nak ucapkan tahniah pada 40,000 pengundi itu," katanya yang disambut sorakan perwakilan.

Najib turut melahirkan rasa kecewa apabila dakwaan pembangkang itu membuatkan rakyat percaya.

"Saya tak faham bagaimana rakyat kita boleh percaya dengan penipuan pembangkang itu.

"Apa kena dengan rakyat Malaysia sekarang ini?," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan rakyatnya dalam proses demokrasi di Malaysia.

KDN sahkan Mat Sabu amalkan Syiah

Written By kubigomofm on Thursday, 12 December 2013 | 17:47


PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terlibat dengan ajaran Syiah berdasarkan beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada percakapan lisan, penulisan dan video di Internet.

Perkara itu didedahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi sambil membentangkan 10 bukti yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas itu.

Alahai Zahid Hamidi...

Written By kubigomofm on Wednesday, 11 December 2013 | 08:50


DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berbuat sesuatu yang luar biasa dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan rakan sejawatannya dalam kabinet, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk menahan orang nombor dua dalam Pas, Mohamad Sabu kerana dipercayai mengamalkan fahaman Syiah.

Walaupun tidak menyebut secara langsung tetapi apabila beliau menyebut pemimpin nombor dua Pas, ia sangat jelas ditujukan kepada Mat Sabu yang menjadi Timbalan Presiden parti itu.

Tindakan Ahmad Zahid memberi arahan untuk menangkap seseorang di pentas umum dan secara terbuka dalam Perhimpunan Agung Umno terlihat luar biasa, bukan saja kerana tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini tetapi juga menyalahi etika sebagai seorang yang ada kuasa.

Jika benar, beliau mempunyai bukti bahawa Mat Sabu mengamalkan fahaman Syiah, beliau tidak perlu menjerit secara terbuka untuk menangkapnya tetapi terus saja menahannya berdasarkan peraturan undang-undang sedia ada. Lagi pula, tidak perlu memberi arahan secara terbuka kepada Jamil Khir kerana sebagai sesama anggota kabinet, mereka berjumpa dan bermesyuarat setiap minggu dalam mesyuarat mingguan kabinet.

Cara Ahmad Zahid memberi arahan kepada Jamil Khir juga seolah-olah beliau sedang mengajar menteri yang bertangggungjawab kepada hal-ehwal agama itu untuk bertindak dan bekerja. Dengan memberi arahan juga seperti beliau merasakan dirinya sudah berjawatan lebih tinggi daripada menteri dan tidak sabar-sabar untuk meningkatkan lagi taraf dirinya sebagai pemimpin.

Tetapi jika tidak mempunyai bukti dan asas yang kukuh, beliau tidak seharusnya membuat tuduhan secara terbuka kerana tindakan itu memperlihatkan dirinya tidak jauh bezanya dengan pencacai Umno yang bersepah-sepah di setiap majls keramaian Umno. Ahmad Zahid seharusnya tahu membezanya dirinya adalah Naib Presiden Umno yang sudah dua kali mendapat undi tertinggi dan kini berjawatan Menteri Dalam Negeri.

Apatah lagi, jika selepas memberi arahan dan kebenaran kepada Jamil Khir untuk menahan Mat Sabu, tetapi tangkapan tidak juga dilakukan. Ia bukan saja memalukan dirinya, bahkan meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang retorik dan cakap tak serupa bikin. Sudah tentu rakyat akan melihat tindakannya bercakap tentang penahanan Mat Sabu itu sekadar untuk meraih populariti di kalangan perwakilan Umno dan mahu menunjuk-tunjuk ketegasannya di depan khalayak.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, ketegasan yang dituntut oleh rakyat ialah dalam tindakan, bukannya percakapan.

Sehingga ini, tiada siapa tahu apa bukti yang Ahmad Zahid ada mengenai dakwaannya terhadap Mat Sabu. Sementara Jamil Khir sendiri dalam respon awalnya menyatakan pembuktian kukuh adalah diperlukan untuk menahan seseorang yang disyaki berfahaman Syiah kerana ia adalah berdasarkan iktikad seseorang dan bukannya berdasarkan fahaman parti semata-mata, Mat Sabu pula menafikan beliau berfahaman Syiah.

"Saya adalah orang Islam yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelas Timbalan Presiden Pas itu.

Dalam masa yang sama, selain tindakan Ahmad Zahid membuat dakwaan melulu dan terbuka kepada Mat Sabu yang bakal mendedahkannya kepada tindakan undang-undang, serangannya kepada Pas dengan menjadikan orang nombor duanya sebagai sasaran juga, adalah percubaan paling jelas menghalang muzakarah Umno dengan Pas yang sedang diperkatakan sekarang.

Di sebalik semua pemimpin Umno bersikap terbuka kepada muzakarah itu dan melihat kepentingan ummah sebagai keutamaan dan Pas sendiri melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut bersedia ke arah itu, Ahmad Zahid yang dilihat sebagai antara pemimpin yang berimej Islam dalam Umno, dengan jelas bersikap sebaliknya dan menolak muzakarah itu.

Tindakannya membuat dakwaan tanpa bukti terhadap Mat Sabu sehingga Jamil Khir sendiri masih keberatan untuk menuruti arahan menahan pemimpin Pas itu, seperti telah menghancurkan impian muzakarah yang diimpikan selama ini.

Walaupun berjaya mendapat undi tertinggi dalam dua pemilihan Umno dan sedang mengintai kedudukan lebih tinggi untuk dirinya, Ahmad Zahid ternyata telah membuat kesilapan dalam Perhimpunan Agung Umno kali ini. Beliau bukan saja merosakkan reputasi dirinya sebagai pemimpin dan menteri yang tahu mengendalikan kuasa tetapi juga menjadi penghalang kepada agenda perpaduan dalam Umno.

Apakah ini pemimpin yang diharapkan untuk masa depan Umno dan negara?

Alahai Zahid Hamidi...

SHAHBUDIN HUSIN

Ustaz Kazim tolak jadi MT Umno

Written By kelantan post on Wednesday, 4 December 2013 | 12:23


SUNGAI PETANI - Pendakwah terkenal, Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat kputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.

Mat Sabu kekal Timbalan Presiden Pas

Written By kubigomofm on Saturday, 23 November 2013 | 19:51


SHAH ALAM - Penyandang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya apabila mengalahkan pencabarnya dengan majoriti sebanyak 98 undi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berjaya meraih 588 undi berbanding  Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan 490 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi, sebentar tadi.

Beliau berkata, seramai 1,086 perwakilan mengundi berbanding 1,129 perwakilan berdaftar dan lapan undi rosak.

MCA selar DAP gagal halang Hudud di Kelantan

Written By kubigomofm on Saturday, 16 November 2013 | 19:07


MCA membidas lawannya DAP kerana gagal menghalang rakan komponennya dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada melaksanakan hukum Hudud, susulan pengumuman hasrat kerajaan PAS negeri Kelantan meneruskan pelaksanaan undang-undang Islam tersebut.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok (gambar), berkata sebarang kenyataan DAP yang lantang mengkritik pelaksanaan hukum Hudud tidak relevan lagi.

"Kenyataan ketua Mahkamah Syarie Kelantan yang sedia melaksanakan Hudud jika kerajaan negeri sedia menguatkuasakannya membuktikan sebarang kenyataan oleh pemimpin DAP mengenai Hudud  tidak relevan lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Loh turut membidas PR kerana gagal mencapai kesepakatan dalam isu melibatkan hukum Hudud, dan kritikan selama ini hanya bertujuan melindungi wajah sebenar PAS yang tetap mahu melaksanakan undang-undang Islam tersebut.

"Pemimpin Pakatan sengaja cuba melindungi tindakan PAS. Mereka sering berkata hukum Hudud yang dibawa PAS tidak akan dilaksanakan tanpa konsensus. Namun, tiada sebarang tindakan di kalangan pemimpin Pakatan diambil untuk mengkritik PAS," katanya.

Loh berkata, tidak akan ada jalan untuk berpatah balik sekiranya pelaksanaan hukum Hudud tetap diteruskan.

"Ia jelas menunjukkan kerajaan negeri sedia ada meluluskan pelaksanaan hukum Hudud PAS.
"Jika dikuatkuasakan, tiada jalan berpatah balik. Apa janji sekali pun oleh pembangkang, ia pasti sudah terlambat," katanya.

Rabu lalu, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad, berkata Mahkamah Syariah Kelantan bersedia melaksanakan hukum Hudud kerana prasarana yang mencukupi bagi membolehkan hukuman tersebut dilaksanakan.

Selepas pengumuman tersebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyahutnya dengan baik dan berkata, kerajaan negeri Kelantan sudah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal itu bagi mengkaji pelaksanaan hukum Islam yang terkandung di dalam Al-Quran itu di negeri yang diperintah PAS sejak lebih  20 tahun.

Cadangan tersebut turut mendapat sokongan pemimpin Umno yang juga Ahli Majlis Tertinggi parti itu,Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan langkah tersebut kena dan sesuai pada masanya.

Bagaimanapun, penganalisis politik Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof, berkata cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan masih memerlukan kelulusan Putrajaya sekiranya pemerintah negeri tersebut PAS berhasrat untuk meneruskannya.

Hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam tersebut bermula sejak tahun 1993 selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) mendapat persetujuan lebih satu pertiga ahli dewan rakyat ketika itu tetapi tidak diteruskan atas alasan kerajaan pusat ketika itu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghalang pelaksanaannya.

Pengumuman pelaksanaan hukum Hudud tersebut dijangka mengundang rasa kurang senang terutama di kalangan masyarakat bukan Islam dalam negara.

Selain itu, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA serta rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP sebelum ini menentang pelaksanaan undang-undang Islam tersebut kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Gambar pemimpin PR yang telah di gangster kan

Written By kelantan post on Thursday, 29 August 2013 | 17:27


Sapo la yang pepandai edit gambar ni hahaha!!. Tapi terpulang la apo motif dia. Samaada suka2 atau sesaja nk tunjuk terer.

Jeng jeng jeng!!!

Siapakah orang ini?

Written By kelantan post on Tuesday, 20 August 2013 | 12:12


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK KELANTAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger