Latest Post
Showing posts with label sukan. Show all posts

02:45
Jersey Johor Darul Ta'zim FC sudah dilancarkan di Dataran Bandaraya Johor Bahru semalam dengan meriah walaupun tiada kelibat TMJ dan pemain Utama JDT yang ke Bangkok untuk menjalani perlawanan persahabtan. Jersey tajaan ADIDAS ini sangat kemas dan kali ini, logo pada jersey ini disulam berbanding tahun lepas dengan menggunakan pelekat sahaja.
Penaja Utama dibahagian hadapan pada Jersey ini adalah Forest City manakala disisi kiri jersey terdapat nama JCORP selaku penaja pasukan Johor Darul Ta'zim FC. Trailer pengenalan Jersey ini sangat menarik dengan adegan yang dipamerkan pemain JDT sendiri. Kepada penyokong setia JDT, ayuh dapatkan yang original dibutik ADIDAS berhampiran anda.
~ powered by IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
~ see more video at Irdk news
~ website http://irdknews.blogspot.my/
Jersey JDT 2016
Written By kubi irdk on Monday, 18 January 2016 | 02:45

Labels:
sukan
01:06
SHAH ALAM: Selangor muncul juara Piala Malaysia 2015 selepas menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam
Pemain sayap Hazwan Bakri dijulang sebagai wira skuad Red Giants apabila menjaringkan kedua-dua gol buat pasukan pada minit ke-3 dan ke-48.
Seawal minit ke-3, Selangor mendahului dengan gol pertama melalui rembatan bergaya Hazwan selepas menyempurnakan hantaran lintang daripada pemaian import Guilherme de Paula.
Kedah dilihat cuba mengatur strategi untuk mengasak kubu lawan namun beberapa percubaan menemui jalan kecundang kerana dikecewakan barisan pertahanan Selangor.
Skuad pimpinan Mehmet Durakovic yang bersemangat beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Selangor telah menghadiahkan mereka dengan mempamerkan aksi dan taktik serangan yang baik.
Pada minit ke-48, gandingan penyudah yang sama juga membuahkan hasil sekali lagi apabila Hazwan merembat kencang hantaran de Paula lalu menembusi gawang, dan gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Firdaus Muhamad.
Terdahulu, Durakovic berkata beliau yakin dengan pasukan Red Giant memenangi piala berprestij itu untuk kali ke-33, sekali gus menamatkan kemarau 10 tahun sejak kali terakhir memenanginya pada 2005 melalui kemenangan 3-0 ke atas Perlis di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Ternyata, kelebihan beraksi di laman sendiri membantu Selangor menamatkan "Misi 33" mereka yang sekian lama tertangguh.
Susulan kejayaan tersebut, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan cuti peristiwa pada Isnin bagi seluruh negeri.

Selangor juara Piala Malaysia 2015
Written By kelantan post on Monday, 14 December 2015 | 01:06

13:16
Liga Malaysia 2016 ~ Terengganu dapat khidmat 3 pemain baru
Written By kelantan post on Wednesday, 2 December 2015 | 13:16
Labels:
sukan
11:55
Rekod 2 tahun tanpa kalah JDT di Larkin lebur
Written By kelantan post on Sunday, 29 November 2015 | 11:55
Labels:
sukan
22:19
Siaran langsung perlawanan Malaysia XI vs Liverpool fc
Written By kubigomofm on Friday, 24 July 2015 | 22:19
Live streaming Tour 2015 Kuala Lumpur, Malaysia XI vs Liverpool fc 24th July 2015 (friday) at Bukit Jalil National Stadium
klik utk menonton >> http://www.wiz1.net/ch2
Labels:
sukan
00:50
Kelantan tewaskan South China 2-0
Written By kelantan post on Thursday, 13 March 2014 | 00:50
Labels:
sukan
10:00
TEKA teki mengenai kehadiran bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak di Padang Seri Gelam Johor Bharu semalam akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai pasukan Harimau Selatan itu sebagai pengurus.
Dalam satu kenyataan kepada media hari ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengesahkan pelantikan Bojan sebagai Pengurus Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Cesar Ferrando Jimenez pula dikekalkan sebagai Ketua Jurulatih.
Menurut kenyataan itu, kehadiran Bojan bagi membantu Jimenez memberikan informasi pasukan dan pemain-pemain pihak lawan di mana Cesar Jimenez akan terus menggalas tanggungjawab menyusun taktikal pasukan, falsafah permainan, pembangunan bola sepak dan lain-lain buat pasukan JDT.
"Pengalaman luas Bojan dalam arena bola sepak Malaysia terutama ketika mengendalikan pasukan tempatan sehingga berjaya menjuarai beberapa piala sebelum ini pasti dapat membantu Jimenez dari segi informasi.
"Dan pemahaman beliau mengenai bola sepak Malaysia lantas membolehkan beliau mengaplikasikan kemahiran dan pengalaman di Eropah ke dalam kancah bola sepak Malaysia.
"Kami percaya gabungan kedua-dua jurulatih berpengalaman ini pasti akan memberi persaingan lebih sengit di dalam arena bola sepak Malaysia dan semestinya Harimau Selatan akan kembali dengan taring yang lebih terasah," katanya.
Sementara itu, Bojan mahupun Jimenez masing-masing melahirkan perasaan teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pengurusan persatuan itu.
"Kami berdua sangat teruja dengan perkembangan terbaru ini dan seterusnya akan bekerja keras bagi meletakkan PBNJ ke satu tahap yang lebih tinggi.
Bojan dilantik pengurus JDT
Written By kelantan post on Wednesday, 26 February 2014 | 10:00

10:52
PERLAWANAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di separuh masa kedua Piala FA di Stadium Larkin terpaksa dihentikan ekoran pasukan T-Team memboikot perlawanan dan pulang awal.
Punca ketidakpuasan hati pasukan T-Team masih tidak dapat dipastikan lagi.
Bagaimanapun difahamkan ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca setelah berlaku sedikit pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-Team tetap enggan meneruskan perlawanan.
Dalam perlawanan itu, JDT tengah mendahului 2-1 di separuh masa pertama.
Pertemuan JDT, T-Team dibatalkan
Written By kelantan post on Sunday, 2 February 2014 | 10:52
PERLAWANAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di separuh masa kedua Piala FA di Stadium Larkin terpaksa dihentikan ekoran pasukan T-Team memboikot perlawanan dan pulang awal.
Punca ketidakpuasan hati pasukan T-Team masih tidak dapat dipastikan lagi.
Bagaimanapun difahamkan ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca setelah berlaku sedikit pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-Team tetap enggan meneruskan perlawanan.
Dalam perlawanan itu, JDT tengah mendahului 2-1 di separuh masa pertama.
Labels:
sukan
14:39
Gara-gara dilempar bom asap, JDT beruk kata penyokong Perak
Written By kelantan post on Sunday, 19 January 2014 | 14:39
Labels:
sukan
21:33
pelancaran jersey TRW 2014
Written By kelantan post on Tuesday, 14 January 2014 | 21:33
Labels:
sukan
13:51
Nampaknya sebelum pihak KAFA mengumumkan design baju terbaru TRW, design itu telah pun bocor dan jersey berdesign baru ini telah mula dicetak disebuah kilang di thailand. Siapa yang hendak dipersalahkan dalam hal ini?
TSAM pun turut sama menyatakan kekesalan beliau terhadap apa yang berlaku ini di Facebooknya.
Design baru jersey TRW bocor dan mula dicetak di Thailand?
Written By kelantan post on Sunday, 5 January 2014 | 13:51
Nampaknya sebelum pihak KAFA mengumumkan design baju terbaru TRW, design itu telah pun bocor dan jersey berdesign baru ini telah mula dicetak disebuah kilang di thailand. Siapa yang hendak dipersalahkan dalam hal ini?
TSAM pun turut sama menyatakan kekesalan beliau terhadap apa yang berlaku ini di Facebooknya.
Labels:
sukan
11:03
Michael Schumacher, juara tujuh kali Formula 1 juara dunia dalam keadaan kritikal selepas kemalangan ski, kata pakar perubatan hospital Perancis tempat dia di dirawat.
Beliau mengalami kecederaan yang teruk dan keadaan koma semasa tiba dihospital dan berkemungkinan otak beliau mula membengkak dan pembedahan segera diperlukan.
Kemalangan itu berlaku semasa beliau bersama anaknya sedang bermain ski di Alps Perancis pada hari Ahad lalu. "Schumacher yang bertopi keledar telah jatuh dan kepalanya terhantuk ke batu" kata pengurusnya Sabine Kehm
Michael Schumacher kritikal kemalangan ski
Written By kelantan post on Monday, 30 December 2013 | 11:03
Michael Schumacher, juara tujuh kali Formula 1 juara dunia dalam keadaan kritikal selepas kemalangan ski, kata pakar perubatan hospital Perancis tempat dia di dirawat.
Beliau mengalami kecederaan yang teruk dan keadaan koma semasa tiba dihospital dan berkemungkinan otak beliau mula membengkak dan pembedahan segera diperlukan.
Kemalangan itu berlaku semasa beliau bersama anaknya sedang bermain ski di Alps Perancis pada hari Ahad lalu. "Schumacher yang bertopi keledar telah jatuh dan kepalanya terhantuk ke batu" kata pengurusnya Sabine Kehm
Labels:
sukan
08:33
Perkara yang menjadi pantang bagi pemain bola sepak adalah merokok. Merokok pastinya akan membuat nafas semakin sesak dan cepat letih. Walaupun demikian tidak masaaalah bagi 10 pemain bola sepak tersohor ini yang juga dikenali sebagai perokok tegar.
Penyerang Manchester United Wayne Rooney. Pernah gambar dia sedang menyalakan rokok telah dapat dirakam oleh jurugambar. Walaupun demikian fizikal pemain berusia 28 tahun itu kelihatan tetap kelihatan kuat di atas padang.
Selain Rooney, pemain AC Milan, Mario Balotelli. Bukan hanya sekali, namun pemain berusia 23 tahun itu telah berkali-kali gambarnya sedang merokok dirakam oleh jurugambar .
Legenda Perancis, penjaga gol Fabien Barthez juga kuat merokok. Bekas penjaga gol Manchester United ini dipercayai dapat menghabiskan sebungkus setengah rokok dalam sehari.
"Saya tahu Fabien merokok. Dia fikir saya tidak tahu, padahal saya memang berul-betul tahu," kata Sir Alex Ferguson.
Yang mengejutkan ialah legenda bola sepak dunia Zinadine Zidane. Pemain yang mempunyai skil yang sangat hebat itu sering merokok sebelum perlawanan.
Berikut 10 pemain bola sepak dunia yang kuat merokok :
1. Socrates (Brazil, 1974-2004): dua bungkus sehari
2. Gianluca Vialli (Itali, 1980-199?): Merokok hingga di tepi padang.
3. Johan Cruijff (Belanda, 1964-1984): 20 batang rokok sehari
4. Robert Prosinecki (Croatia, 1986-2004): 40 batang rokok sehari
5. Fabien Barthez (Perancis, 1990-2007): dua bungkus sehari
6. Zinedine Zidane (Perancis, 1989-2006): satu setengah bungkus sehari
7. Osvaldo Ardiles (Argentina, 1973-1991): 40 batang rokok sehari
8. Dimitar Berbatov (Bulgaria, 1998-sekarang): 2 bungkus sehari
9. Wayne Rooney (Inggeris, 2002-sekarang): dua bungkus sehari
10. Mario Balotelli (Itali, 2006-sekarang): dua bungkus sehari
Senarai 10 orang pemain bolasepak dunia yang kuat merokok
Written By kelantan post on Sunday, 29 December 2013 | 08:33

12:18
KENYATAAN AKHBAR
TAN SRI ANNUAR MUSA, TIMBALAN PRESIDEN FAM MERANGKAP PRESIDEN KAFA
Saya telah mengikuti dengan teliti perkembangan dan kemelut yang berlaku, khususnya antara YB Menteri Belia dan Sukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sejak saya dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak Negara (JKPPBSN), November lalu.
Adalah ditegaskan pelantikan yang dibuat oleh YB Menteri terhadap saya, atas sifat saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang lain) ADALAH SAH dan tidak harus dipertikaikan. YB Menteri pada menjalankan tugas dan dengan kuasanya BERHAK melantik sesiapa sahaja mengikut budibicaranya bagi menganggotai JKPPBSN tersebut. Usaha YB Menteri melantik pelbagai pihak dan ‘stakeholders’ ini amat dialu-alukan sekali.
Adalah ditegaskan juga bahawa Jawatankuasa yang dibentuk YB Menteri adalah sebuah entiti Kerajaan yang mempunyai peranan yang lebih luas, terutama dalam konteks pembangunan bolasepak. Ia di luar SKOP DAN KUATKUASA peraturan mana-mana persatuan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Kuasa persatuan hanya terhad kepada ahlinya serta badan gabungan dibawahnya sahaja.
Namun, saya juga memahami bahawa adalah JANGGAL bagi FAM untuk turut menduduki sebuah Jawatankuasa yang turut melibatkan individu yang mereka sendiri menghukumnya. Mereka mungkin merasa TERCABAR dengan pelantikan sedemikian. JUSTERU FAM BERPENDAPAT MEREKA TIDAK BOLEH MENYERTAI Jawatankuasa berkenaan, selagi saya menganggotai Jawatankuasa tersebut.
Bagi saya pula, sebagai Pegawai, aktivitis dan peminat yang cintakan sukan bolasepak, KEMAJUAN BOLASEPAK MALAYSIA adalah lebih penting dari segala-galanya.
Pada masa ini, tahap kemajuan bolasepak negara berada pada tahap yang bukan sahaja rendah tapi juga menimbulkan keresahan dan kekecewaan umum. Kedudukan Malaysia dalam ranking dunia bukanlah pada tangga yang selayaknya, apabila kita terperosok jauh hatta berbanding negara yang jauh lebih mundur dan tidak berkeupayaan seperti kita.
Namun, diperlihatkan bahawa PIHAK BERWAJIB seolah-olah hilang daya dan keupayaan membawa perubahan sewajarnya. Individu-individu yang ternyata gagal membawa prestasi yang diharapkan masih mahu kekal berkuasa dan menjadikan BADAN berwajib seumpama milik peribadi. Lebih parah lagi kontroversi demi kontroversi dicetuskan dan ‘goodwill’ dengan banyak pihak samalah tidak wujud. Teguran dan pandangan ikhlas ahli dan pihak lain dilayan dengan kekerasan peraturan yang tidak wajar. Urusan pentadbiran dan kewangan yang tidak telus serta semangat kekeluargaan bolasepak Malaysia semakin tidak dihiraukan. Pada masa yang sama prestasi bolasepak negara terus merudum. Pihak berwajib dilihat makin terpisah dari denyut nadi lagi ahlinya serta para peminat bolasepak Malaysia.
Di saat bolasepak negara berada dalam situasi demikian, inisiatif berani yang diambil oleh YB Menteri datang tepat pada masanya. Bolasepak negara bertuah kerana YB Menteri dan Kerajaan menunjukkan komitmen dan ‘will’ yang tinggi untuk memajukan bolasepak. Lebih penting lagi, buat pertama kalinya ‘diagnosis’ serta ‘prescription’ bagi menyembuhkan penyakit kurang upayanya bolasepak Malaysia dibuat atas inisiatif pemerintah. Bagi saya ini adalah satu langkah yang AMAT PENTING dalam usaha menjadikan bolasepak negara cemerlang di masa akan datang.
Mengambil kira semua perkara di atas dan setelah memikirkan dengan mendalam DEMI KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA, saya merasakan TIDAK RELA diri saya dijadikan alasan terutamanya oleh Badan Induk Bolasepak (FAM) untuk tidak berfungsi atau menjalankan tanggunggjawabnya untuk memberikan kerjasama kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Saya juga tidak rela melihat usaha kerajaan terutama YB Menteri yang sangat murni dan penting terutama untuk melaksanakan satu ‘Blueprint’ yang saya percaya akan merubah ‘DNA’ dan ‘BRAND’ bolasepak Malaysia terjejas, semata-mata kerana FAM tidak mahu menyertainya.
Justeru demi untuk melihat Jawatankuasa ini berfungsi sepenuhnya dan melihat Kerajaan dapat berkerjasama sebaik mungkin dengan FAM, maka saya mengambil keputusan berikut:-
1. Dengan sukarela menarik diri dari mengganggotai JKPPBSN berkuatkuasa hari ini, bagi membolehkan FAM menyertainya.
2. Melepaskan Jawatan saya sebagai Timbalan Presiden FAM dan Presiden Bolasepak KAFA berkuatkuasa dari tarikh hukuman dikenakan ke atas saya dan saya bukan lagi pegawai badan tersebut atau mana-mana ahlinya.
Walau bagaimanapun saya akan terus membantu bolasepak negara amnya dan bolasepak Kelantan khususnya atas sifat saya sebagai Wakil Rakyat dan juga seorang peminat sukan ini.
Semoga dengan tindakan saya ini segala kemelut dan kekeruhan yang berlaku antara FAM dan KBS khususnya YB Menteri menjadi jernih, serta semua pihak akan erat berkerjasama demi KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA.
“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh
13 Disember 2013
TSAM letak jawatan sebagai timbalan FAM dan presiden KAFA
Written By kubigomofm on Friday, 13 December 2013 | 12:18

09:57
"Saya tidak memerlukan sebarang anugerah daripada sebuah badan pentadbir bolasepak yang tidak konsisten untuk mengiktiraf segala kemajuan dan pencapaian Persatuan Bolasepak Negeri Johor."
"Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah diberi penghormatan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini. Kepada para penyokong Johor, saya ingin memaklumkan bahawa laman web Johor Southern Tigers dan JDTTV menjadi tatapan di lebih 44 buah negara."
"Terdapat lebih sejuta hits di laman web kita pada perlawanan Harimau Muda vs. JDT II yang lalu. Pengunjung kedua paling ramai ke laman web kita adalah dari Amerika Syarikat, diikuti Singapura, Kanada dan Jepun. Terdapat juga pengunjung lain daripada Rusia, Indonesia, Filipina, Australia, Argentina, Sepanyol, Ireland, Great Britain, Belanda, Perancis, Jerman, Arab Saudi, Taiwan, Afrika Selatan, China, Korea Selatan, Norway, Qatar, Mesir, Thailand, Switzerland, Vietnam, Uruguay, Denmark, Brazil, Kuwait, Belgium, Greece, Mexico, New Zealand dan Poland."
"Kemudahan stadium dan kemudahan lain berkaitan bolasepak di seluruh negeri juga sedang dinaiktaraf. PBNJ juga sedang dalam rundingan daripada sebuah syarikat dari China untuk mendirikan Akademi Bolasepak Johor - Chelsea, yang akan menggunakan modul akademi bolasepak Chelsea."
"JDT dan JDT II juga merupakan pasukan pertama dalam negara ini, selain pasukan kebangsaan, yang ditaja oleh Nike."
"Semua ini sedang dilaksanakan dan bukan sekadar dalam peringkat perancangan. Tiada maknanya menjulang piala jika dunia tidak mengenali siapa kita. Saya bukan di sini sekadar untuk bertanding, saya ingin menempa legasi yang akan diingati sehingga generasi-generasi mendatang. In Shaa Allah, Johor akan sentiasa dan kekal sebagai Johor. Kepada Allah Kita Berserah. As-salamualaikum warahmatullahi wabarakatuh."
-DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
JDT tidak perlu anugerah dari badan yang tidak kosisten - TMJ
Written By kelantan post on Monday, 2 December 2013 | 09:57

16:43
MUSIM Liga Malaysia (Liga-M) semakin sampai ke penghujung dan peminat tempatan tertanya-tanya siapakah pemain yang bakal merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun ini untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena FAM 2013. Segala teka teki sudah pun terjawab. Keputusan telah pun diumumkan sebentar tadi. Nampaknya pasukan Kelantan memonopoli Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun ini.
Senarai penuh pemenang:
Fair Play : Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kelab Penyokong Terbaik: Kelantan
Kelab Bolasepak terbaik: KL Sime Darby
Persatuan Bolasepak terbaik : PBSNT
Pemain Asing Terbaik : Marlon Alex
Pemain Harapan : Junior Edlstal
Jurulatih terbaik : Dollah Salleh
Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat
Pemain Pertahanan Terbaik: Baihakki Khaizan
Pemain Tengah Terbaik : Mohd Bahdri Radzi
Pemain Penyerang Terbaik : Norfarhan Mohd
Pemain Paling Bernilai (MVP) 2013: MOHD BADHRI RADZI @ PIYA
Sah Piya Pemain Paling Bernilai (MVP) 2013
Written By kelantan post on Saturday, 30 November 2013 | 16:43
MUSIM Liga Malaysia (Liga-M) semakin sampai ke penghujung dan peminat tempatan tertanya-tanya siapakah pemain yang bakal merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tahun ini untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena FAM 2013. Segala teka teki sudah pun terjawab. Keputusan telah pun diumumkan sebentar tadi. Nampaknya pasukan Kelantan memonopoli Anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun ini.
Senarai penuh pemenang:
Kelab Penyokong Terbaik: Kelantan
Kelab Bolasepak terbaik: KL Sime Darby
Persatuan Bolasepak terbaik : PBSNT
Pemain Asing Terbaik : Marlon Alex
Pemain Harapan : Junior Edlstal
Jurulatih terbaik : Dollah Salleh
Penjaga Gol Terbaik : Khairul Fahmi Che Mat
Pemain Pertahanan Terbaik: Baihakki Khaizan
Pemain Tengah Terbaik : Mohd Bahdri Radzi
Pemain Penyerang Terbaik : Norfarhan Mohd
Pemain Paling Bernilai (MVP) 2013: MOHD BADHRI RADZI @ PIYA
Labels:
sukan
09:42
Desas desus dilaman sosial bertiup kencang dengan mengatakan Pemain Paling Bernilai 'Supermokh'(MVP) bakal dimenangi oleh Piya atau nama sebenarnya Mohd Badri Radzi. Sama ada desas desus ini benar atau sebaliknya, nantikan pengumumannya nanti di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100-Plus 2013 yang bakal berlangsung.
Piya menang anugerah Pemain Paling Bernilai 2013?
Labels:
sukan
13:51
Sebentar tadi Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan kepada media, barisan penuh nama pemain yang akan bersama TRW pada 2014 nanti.
Selain daripada kemasukan beberapa pemain baru, Kelantan turut mengekalkan beberapa pemain tonggak pasukan termasuk kapten berpengaruh Mohd Badri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim, Fakri Shaarani dan tonggak import Obinna Nwaneri, sementara Faizul Nazlin Sayuti dan Faiz Suhaimi diserap dari skuad Piala Presiden.
Ini adalah senarai penuh nama pemain TRW 2014
1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (GK)
24. Syazwan Yusoff (GK)
Semua pemain perlu melaporkan diri pada seawal tarikh 28/11/13 dan semua pemain akan memulakan sessi latihan bermula dari tarikh 2/12/13 hingga 17/1/14 nanti selama 6 minggu.
Senarai penuh nama pemain TRW 2014
Written By kubigomofm on Tuesday, 26 November 2013 | 13:51
Sebentar tadi Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan kepada media, barisan penuh nama pemain yang akan bersama TRW pada 2014 nanti.
Selain daripada kemasukan beberapa pemain baru, Kelantan turut mengekalkan beberapa pemain tonggak pasukan termasuk kapten berpengaruh Mohd Badri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Nik Shahrul Azim, Fakri Shaarani dan tonggak import Obinna Nwaneri, sementara Faizul Nazlin Sayuti dan Faiz Suhaimi diserap dari skuad Piala Presiden.
1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (GK)
24. Syazwan Yusoff (GK)
Semua pemain perlu melaporkan diri pada seawal tarikh 28/11/13 dan semua pemain akan memulakan sessi latihan bermula dari tarikh 2/12/13 hingga 17/1/14 nanti selama 6 minggu.
Labels:
sukan
14:14
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang akan tamat pada 31 Disember ini.
Ini diumumkan sendiri oleh Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kesembilan di Wisma FAM hari ini.
Kontrak Rajagobal tak disambung
Written By kubigomofm on Sunday, 24 November 2013 | 14:14
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang akan tamat pada 31 Disember ini.
Ini diumumkan sendiri oleh Naib Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kesembilan di Wisma FAM hari ini.
Labels:
sukan
10:54
Semalam telah berlangsungnya majlis mengacau bubur asyura anjuran KMS yang bertempat di kampung Kelong, Tumpat, Kelantan. Majlis ini berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran ahli-ahli KMS seawal hari jumaat lagi.
Majlis bertambah meriah lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat yang turut sama hadir kemajlis ini, antaranya ialah Steve Darby jurulatih baru TRW, Bro Sham, Jemi Intan berlian dan ramai lagi.
Ini mungkin pengalaman pertama Steve Darby makan bubur asyura dan tidak mustahil selepas ini budu pula yg akan menjadi kegemarannya nanti.
Steve Darby jurulatih baru TRW makan bubur asyura?

.jpg)