Semalam kucing selebreti "Hero" dah pun mati akibat penyakit kucing yg dialaminya. Kucing ini pernah menggemparkan negara dengan kisah yang sungguh tragis yang mana kedua belah kaki depannya telah dipotong akibat mencuri ikan.
Kini timbul pulak isu lain pula tentang laporan kepada JAKIM terhadap pemilik kucing ini oleh Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). Ini berkaitan dengan tindakan melebih-lebihkan kucing seakan-akan manusia boleh dikira sebagai bida'ah.
Dalam laporan itu ada menyebut bahawa Mohd Hairey Yahya@Papa Hero telah menggunakan perkataan yang boleh dianggap menghina agama yang dianutinya dengan mengajar pengikutnya menggunakan perkataan "arwah", "Al Fatihah", "disemadikan", "jasad suci" serta lain-lain terhadap kucing.
Dalam surat itu juga memohon kepada JAKIM, agar tindakan segera diambil andainya kejahilan pemilik kucing ini mebawa kebinasaan. Semoga ajaran tuhan "Hero" tidak dapat di munculkan dan dapat disekat.

