Latest Post
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

.Ayah Mat Lundang Paku Kelantan

Written By kubi irdk on Monday, 15 February 2016 | 02:30


Nama Ulama' tua ini ialah Ayah Mat Lundang Paku. Beliau merupakan di antara Ulama' dan Auliya yang tertua di Kelantan. Beliau kini berusia 127 tahun. Sewaktu usia mudanya , beliau banyak menuntut ilmu agama dan telah berulang ke Mekah sebanyak 12 kali . Beliau pernah menuntut ilmu di Bukit Jiyad , Mekah al Mukarramah dan dikatakan Tok Kenali adalah guru dan sahabatnya dalam rehlah ilmu ini . Pondok beliau di Lundang Paku.

Ayah Mat suka berjalan kaki kemana2 hingga dikatakan ORANG KURANG WARAS kerana sentiasa mengutip tin kosong dan tempurung di tepi jalan.. Beliau membuka tin kosong dan mengadapkan muka tempurung tersebut ke langit sebab tak tahan mendengar rintihan mereka .. Mereka mengadu pada beliau untuk merasai rezeki Allah iaitu untuk mengadap cahaya matahari . Allahrobbi ..

Kata Almarhum Murobbina Tuan Guru Haji Abdul Qader @ Musa Al Madani ,
" Ziarahlah Ayah Mad selagi masih hidup kerana beliau adalah ahlullah " ..

Wallahualam .

update: hari jumaat 7/10/2016 ulamak ini menemui tuhannya innalillah

powered by iRdK
~ page Irdk FM sumber hiburan dan informasi terkini
~ website http://irdknews.blogspot.my/
~ fb group IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information


SIHIR/SANTAU TIDAK MAMPU MELAWAN GARAM!

Written By kelantan post on Tuesday, 8 December 2015 | 10:17


Sihir atau santau dapat di halang dengan MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W.

Kita Disogok dengan fakta palsu.

Ambik garam lebih kena darah tinggi (Ini protokol yahudi) Back to cara hidup Nabi ye.

~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.

~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.
~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.

~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

~Wallahua'lam.

~ powered by IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
~ see more video at Irdk news
~ website http://irdknews.blogspot.my/

Rezeki, Jodoh, ajal dan maut adalah rahsia tuhan

Written By kelantan post on Monday, 7 December 2015 | 16:43


3 rahsia yang ditutup rapat-rapat adalah:

1. Jodoh

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

2. Rezeki

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. Ajal maut.

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga

~ powered by IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
~ see more video at Irdk news
~ website http://irdknews.blogspot.my/

Tujuan berPurdah, berNiqab dan berBurqa

Written By kelantan post on Sunday, 16 August 2015 | 11:48


Perbezaan antara Purdah, Niqab dan Burqa (rujuk pada gambar)

Tujuan berPurdah, berNiqab dan berBurqa selain mencari keredhaan Allah

Tujuan umum - melindungi dari fitnah

1. Orang yg di katakan berwajah tidak cantik memakainya,...terhindar dari sebarang kutukan sesetengah orang sekeliling yg mengundang dosa.

2. Orang yg di katakan berwajah cantik -melindungi diri dari gangguan orang2 yg mungkin akan cuba menggodanya..dan mengambil kesempatan.

3. Meningkatkan harga diri.

4. Rasa lebih selamat. Kenapa? Kamu(lelaki) rasa berani tak tegur orang pakai niqab purdah ni?yang pakai tudung labuh sahaja pun dah gigil.,ini kan pula yg pakai niqab....hanya yg benar2 serius utk jadikan pasangan sahaja yg akan berani menegur....komfem segan dan x berani..so faham kan kenapa sya kata lebih selamat

5.lebih di hormati dan di segani.

disebabkan perkara di atas lah, Allah memerintahkan supaya menutup aurat DENGAN SEMPURNA....jgn sentiasa fikir "ala, cukup la ni".."ala, boleh la ni"..."ala, tutup aurat dah ni, nak macamana lagi"....Allah kata lain..kamu kata lain, comey sungguh fikiran kamu ya..sedar tak sebenarnya fikiran mcm tu dh macam melawan perintah Allah...kan....?

Inilah lah di namakan hikmah dr Allah....yg tidak cantik pun kadang2 seorang lelaki mampu menerimanya dengan baik hanya kerana menutup aurat dengan sempurna.

Waktu solat bagi negeri Kelantan dan seluruh malaysia

Written By kubigomofm on Thursday, 23 July 2015 | 22:13


Kini anda boleh dapatkan waktu solat 5 waktu bg seluruh negara dgn klik jer link ini http://irdknews.blogspot.com/p/waktu-solat.html

~ powered by IRDK (kelantan) Breaking News & Daily Traffic Information
~ see more video at Irdk news
~ website http://irdknews.blogspot.my/

Hukum wanita bertudung yang melakukan maksiat

Written By kelantan post on Thursday, 16 January 2014 | 11:59


 Wahai wanita bertudung kembalikan maruah anda dengan tutupan aurat yang sebenarnya, akhlak wanita Islam yang sebenarnya, janganlah merosakkan imej Islam itu dengan maksiat yang amat dimurkai Allah SWT. Sesungguhnya kenikmatan duniawi amat amat sementara, carilah kenikmatan akhirat yang kekal abadi.

Dari sudut hukum pula, hal wanita bertudung yang melakukan maksiat, dosanya sudah tentu lebih hebat dari wanita lain. Namun INI TIDAK SAMA SEKALI BERMAKNA WANITA ITU LEBIH BAIK MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN MEMBUKA TUDUNG, KERANA MEMBUKA TUDUNG ITU SENDIRI ADALAH SATU DOSA BESAR YANG BERASINGAN DENGAN MAKSIAT YANG DILAKUKANNYA. Hal gandaan dosa ini boleh difahami dari ayat seperti :-

يَا نِسَاء النَّبِيِّ مَن يَأْتِ مِنكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا الْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا

Ertinya : Hai isteri-isteri Nabi, siapa-siapa di antaramu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan dilipat gandakan siksaan kepada mereka dua kali lipat. Dan adalah yang demikian itu mudah bagi Allah. ( Al-Ahzab : 30 )

Memang benar ayat ini ditujukan khas buat isteri-isteri Nabi SAW disebabkan kemulian dan kedudukan mereka yang sangat mulia, bagaimanapun ayat ini sebenarnya menggariskan bahawa setiap kali bergandanya kemuliaan, maka bergandalah dosanya (jika melakukan maksiat), demikian hukuman ke atas wanita bebas lebih berat dari wanita hamba sahaya di zaman silam. Dikatakan sebabnya adalah kerana bertambahnya mudarat dan penghinaan kepada Nabi SAW (Al-Jami' Li Ahkam AL-Quran ; AL-Qurtubi, 14/ 114 dengan sedikit pindaan )

Demikian jualah bagi wanita bertudung yang telah menaik tarafkan kedudukannya dengan kemuliaan Islam, tetapi kemudiannya melakukan maksiat. Maka jika bersandarkan kaedah di atas, jelaslah dosa mereka bertambah besar kerana maksiat itu sendiri dan merosakkan imej Islam secara jelas. Bertaubatlah. Demikian juga halnya maksiat  yang dilakukan oleh seorang ustaz yang jauh lebih besar dosanya dari dosa oleh lelaki biasa di sebabkan imej dan kedudukan yang dibawanya.

Fikir-fikirkan dengan iman wahai sahabat sekalian.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman

7 contoh isteri yang sering diceraikan

Written By kelantan post on Monday, 30 December 2013 | 21:39


Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Bernikahlah kerana Allah

Written By kubigomofm on Sunday, 15 December 2013 | 13:52


Ustaz Jefri al Bukhori pernah mengingatkan begini didalam kuliah agamanya,

Jika pernikahan berlandaskan SEX semata-mata, maka pasangan akan selalu bertengkar jika layanan diranjang tidak memuaskan hati.

Jika pernikahan berlandaskan  HARTA semata-mata, maka pasangan berrcerai berai jika kemiskinan melanda.

Jika pernikahan berlandaskan TUBUH semata-mata, pasangan bakal lari jika rambut mulai beruban dan kulit muka mulai berkedut atau badan jadi gemuk.

Jika pernikahan berlandaskan ANAK semata-mata, maka pasangan akan cari alasan untuk bercerai jika pasangan tidak dapat melahirkan anak.

Jika pernikahan berlandaskan KEPERIBADIAN semata-mata, pasangan akan lari jika pasangan berubah tingkah lakunya.

Jika pernikahan berlandaskan CINTA semata-mata, hati manusia itu sebenarnya tidak pernah tetap dan mudah terpikat jikalau terjumpa sesuatu yang lebih baik. Lagi pun manusia yang kita dicintai pastinya akan MATI dan meninggalkan kita bila sampai masanya.

Dan jika pernikahan berlandaskan IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada hamba NYA.

Sesungguhnya ALLAH mencintai hambanya melebihi cintanya seorang ibu kepada anaknya.

Maka tiada ada alasan apapun lagi didunia ini yang dapat memecah belahkan rumah tangga kecuali jika pasangan itu menderhakai ALLAH.

Semoga kita mendapat semua mendapat pasangan yang soleh dan solehah.. Amin..

AAT buat laporan JAKIM terhadap Papa Hero yang dikatakan menghina agama

Written By kubigomofm on Monday, 25 November 2013 | 09:45


Semalam kucing selebreti "Hero" dah pun mati akibat penyakit kucing yg dialaminya. Kucing ini pernah menggemparkan negara dengan kisah yang sungguh tragis yang mana kedua belah kaki depannya telah dipotong akibat mencuri ikan.

Kini timbul pulak isu lain pula tentang laporan kepada JAKIM terhadap pemilik kucing ini oleh Pasukan Tindakan Haiwan (AAT). Ini berkaitan dengan tindakan melebih-lebihkan kucing seakan-akan manusia boleh dikira sebagai bida'ah.


Dalam laporan itu ada menyebut bahawa Mohd Hairey Yahya@Papa Hero telah menggunakan perkataan yang boleh dianggap menghina agama yang dianutinya dengan mengajar pengikutnya menggunakan perkataan "arwah", "Al Fatihah", "disemadikan", "jasad suci" serta lain-lain terhadap kucing.

Dalam surat itu juga memohon kepada JAKIM, agar tindakan segera diambil andainya kejahilan pemilik kucing ini mebawa kebinasaan. Semoga ajaran tuhan "Hero" tidak dapat di munculkan dan dapat disekat.

Apakah Hukum melakukan onani?

Written By kelantan post on Sunday, 17 November 2013 | 01:36


Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi :-

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

Karena takut berbuat zina.
Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

Tetapi yang lebih baik dari itu semua, ialah seperti apa yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap pemuda yang tidak mampu berkahwin, iaitu kiranya dia memperbanyak puasa, dimana puasa itu dapat mendidik beribadah, mengajar bersabar dan menguatkan kedekatan untuk bertaqwa dan keyakinan terhadap penyelidikan (muraqabah) Allah kepada setiap jiwa seorang mu'min. Untuk itu Rasuluilah s.a.w. bersabda sebagai berikut:

"Hai para pemuda! Barangsiapa di antara kamu sudah ada kemampuan, maka kahwinlah sebab dia itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan; tetapi barangsiapa tidak mampu, maka hendaknya ia berpuasa, sebab puasa itu baginya merupakan pelindung." (Riwayat Bukhari)


Dipetik dari kitab al-Halal wal Haram fil Islam

Ummu Jah akui amal ajaran sesat

Written By kelantan post on Monday, 2 September 2013 | 16:57


“Saya mengakui sebelum ini mengamalkan ajaran sesat. Lafaz sumpah taubat secara rasmi masih belum dilaksanakan tetapi kita bersedia melakukannya di hadapan pihak berwajib.

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK KELANTAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger