Home » » Banjir Sarawak: Bau, Bintulu, Marudi dan Miri antara yang terjejas

Banjir Sarawak: Bau, Bintulu, Marudi dan Miri antara yang terjejas

Written By kubigomofm on Tuesday, 31 December 2013 | 02:00


SARAWAK: Sehingga pukul 5 petang Isnin, seramai 314 mangsa banjir di tempatkan di empat pusat pemindahan sementara melibatkan Bau, Bintulu, Marudi dan Miri.


Jumlah tersebut melibatkan 65 buah keluarga keseluruhan dan tiada angka korban dicatatkan setakat ini.

Kawasan terlibat mula dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter sejak petang Ahad selepas hujan lebat berterusan.


Dalam pada itu, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua mangsa banjir di  negeri bumi kenyalang itu tabah dalam menghadapi ujian bencana alam tersebut.

Najib dalam laman Twitternya berdoa agar Allah memudahkan dan meringankan beban mangsa yang terlibat dalam bencana banjir itu.

Sementara itu beberapa kawasan di negeri  Sarawak terputus hubungan jalan raya ekoran kejadian tanah runtuh yang  disebabkan  hujan yang turun tanpa henti dan lebat sejak beberapa hari yang lalu.

Keadaan menyebabkan beberapa sungai di negeri itu turut meningkat paras air yang telah menyebabkan beberapa kawasan

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Bencana negeri Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang, kejadian berkenaan telah menjejaskan beberapa laluan jalan raya perhubungan darat di antara daerah-daerah kecil di Bakong dan bandaraya Miri.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK KELANTAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger