Home » » Vokalis Edcoustic, Aden meninggal dunia

Vokalis Edcoustic, Aden meninggal dunia

Written By kubigomofm on Tuesday, 31 December 2013 | 13:05


VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia, semalam.

Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.

Sebelum ini, beberapa laporan menyiarkan mengenai kesihatan Aden yang tidak menentu sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Jenazah allahyarham bakal dikebumikan di Bandung, Indonesia.

Edcoustic menerbitkan album sulung mereka berjudul Masa Muda pada Oktober 2004.

Walaupun ruang promosi pada ketika itu agak terhad bagi artis-artis baru, namun Edcoustic menunjukkan pencapaian yang luarbiasa dengan jualan album yang cukup memberangsangkan.

Edcoustic mencapai kemuncak populariti apabila single lagu Muhasabah Cinta dari album kedua mereka, Sepotong Episode menjadi lagu hits di Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara.

Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima.

Bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih.

Malah Aden turut berkolaborasi dengan Inteam.

Menerusi album terbaru Inteam yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. IRDK KELANTAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger